BOLEH KAH MALAYSIA KEMBALI MENJADI HARIMAU EKONOMI ASIA









NORMAN RADZUAN


MALAYSIA HARIMAU EKONOMI ASIA

Percayah Malaysia akan kembali mengaum

IKUT LOJIK AKAL ANWAR BUKAN PERDANA MENTERI

Mungkin ramai yg terkejut pengakuan Sultan Johor, Anwar Perdana Menteri terbaik berbanding Perdana Menteri2 sebelum ini.

Saya langsung tidak terkejut kerana kenyakinan saya Anwar adalah harapan rakyat Malaysia. Disebabkan itulah 25 tahun dahulu saya bersama ratusan ribu reformis turun ke jalan raya berjuang utk dirinya. Hinggakan saya disindir sebagai pentaksub Anwar.

Saya ingin bertanya adakah anda yakin Anwar akan menjadi PM? Saya berani katakan 80% penyokong mahupun pemimpin PH termasuk saya tidak yakin Anwar bakal jadi PM.

Ikut lojik akal mustahil kerana bukan sahaja undi Melayu tidak akn berpihak kpd PH, bahkan tradisinya Sarawak dan Sabah tidak menyokong Pakatan Harapan.

Saya hanya berharap keajaiban berlaku kerana saya percaya dgn ayat Kun Fayakun ( Jadilah maka jadilah ia). Tiada mustahil bagi Allah.

Jika kita bersendirian memikirkan kebesaran Allah.. bila Anwar menjadi PM sebenarnya Allah ingin memberitahu kita erti tawakal.

Kamu berusaha, berdoa, yakin dan berserah kpdNya… sesungguhnya Allah itu akn memberi kemenangan kpd kebenaran. Tidak ada siapa boleh menghalang kekuasaanNya.

Cuba anda bayangkan jika BN/UMNO menang 73 kerusi dan PAS 26 kerusi… nescaya PAS akan sujud kpd UMNO utk menubuhkan kerajaan. Tapi diterbalikkan PAS yg buat pertama kali mendapat lebih byk kerusi dari UMNO.

Hebatkan percaturanNya. Sungguh tidak masuk akal BN dan GPS akhirnya bersama sama membentuk kerajaan perpaduan utk menjadi Anwar sebagai PM.

Sekaligus menafikan kesombongan dan cercaan Muhyidin kpd Anwar ‘ Hoi PM tepi’!. 24 tahun Anwar diaibkan, difitnah dgn pelbagai hinaan… Mahathir, Najib dan Muhyiddin dgn segala kuasa yg ada cuba menghalang Anwar menjadi PM tapi bila Allah mengkehendakinya tiada siapa boleh menghalang.

———————————————————————————

Bila Sultan Johor memuji Anwar, bermakna baginda telah dpt menghidu Malaysia akn kembali gilang gemilang.

Ketika PH tumbang kerana Langkah Sheraton saya pernah menulis… kita dlm kerugian Anwar tidak menjadi PM kerana dialah satu2 pemimpin negara ketika ini yg mampu menyelamatkan Malaysia.

Saya juga pernah menulis hubungan Anwar dgn negara2 Arab sgt diperlukan negara utk memulihkan ekonomi. Kini negara kita bakal menerima berbillion pelaburan. Insyallah dlm tempoh 3 tahun ini kita akn dpt melihat sinar dan selepas itu Malaysia akn kembali mengaum.

Aura Anwar ke mana sahaja samada ketika beliau bersolat Jumaat, memasuki kampus, ke luar negara beliau sentiasa kerumuni pelbagai lapisan masyakat dunia.

Anwar adalah pemimpin yg ditunggu. Ada 3 sebab saya berkata demikian… Anwar adalah pemimpin yg akn menghapuskan rasuah, Anwar adalah pemimpin yg menyatukan perpaduan masyarakat Malaysia dan Anwar adalah pemimpin yg akn mengembalikan ekonomi negara kembali menjadi Malaysia Asian Tiger Economy.