NORMAN RADZUAN
MALAYSIA HARIMAU EKONOMI ASIA
Percayah Malaysia akan kembali mengaum
IKUT LOJIK AKAL ANWAR BUKAN PERDANA MENTERI
Mungkin ramai yg terkejut pengakuan Sultan Johor, Anwar Perdana
Menteri terbaik berbanding Perdana Menteri2 sebelum ini.
Saya langsung tidak terkejut kerana kenyakinan saya Anwar adalah
harapan rakyat Malaysia. Disebabkan itulah 25 tahun dahulu saya bersama ratusan
ribu reformis turun ke jalan raya berjuang utk dirinya. Hinggakan saya disindir
sebagai pentaksub Anwar.
Saya ingin bertanya adakah anda yakin Anwar akan menjadi PM? Saya
berani katakan 80% penyokong mahupun pemimpin PH termasuk saya tidak yakin
Anwar bakal jadi PM.
Ikut lojik akal mustahil kerana bukan sahaja undi Melayu tidak
akn berpihak kpd PH, bahkan tradisinya Sarawak dan Sabah tidak menyokong
Pakatan Harapan.
Saya hanya berharap keajaiban berlaku kerana saya percaya dgn
ayat Kun Fayakun ( Jadilah maka jadilah ia). Tiada mustahil bagi Allah.
Jika kita bersendirian memikirkan kebesaran Allah.. bila Anwar
menjadi PM sebenarnya Allah ingin memberitahu kita erti tawakal.
Kamu berusaha, berdoa, yakin dan berserah kpdNya… sesungguhnya
Allah itu akn memberi kemenangan kpd kebenaran. Tidak ada siapa boleh
menghalang kekuasaanNya.
Cuba anda bayangkan jika BN/UMNO menang 73 kerusi dan PAS 26
kerusi… nescaya PAS akan sujud kpd UMNO utk menubuhkan kerajaan. Tapi
diterbalikkan PAS yg buat pertama kali mendapat lebih byk kerusi dari UMNO.
Hebatkan percaturanNya. Sungguh tidak masuk akal BN dan GPS
akhirnya bersama sama membentuk kerajaan perpaduan utk menjadi Anwar sebagai
PM.
Sekaligus menafikan kesombongan dan cercaan Muhyidin kpd Anwar ‘
Hoi PM tepi’!. 24 tahun Anwar diaibkan, difitnah dgn pelbagai hinaan… Mahathir,
Najib dan Muhyiddin dgn segala kuasa yg ada cuba menghalang Anwar menjadi PM
tapi bila Allah mengkehendakinya tiada siapa boleh menghalang.
———————————————————————————
Bila Sultan Johor memuji Anwar, bermakna baginda telah dpt
menghidu Malaysia akn kembali gilang gemilang.
Ketika PH tumbang kerana Langkah Sheraton saya pernah menulis…
kita dlm kerugian Anwar tidak menjadi PM kerana dialah satu2 pemimpin negara
ketika ini yg mampu menyelamatkan Malaysia.
Saya juga pernah menulis hubungan Anwar dgn negara2 Arab sgt
diperlukan negara utk memulihkan ekonomi. Kini negara kita bakal menerima
berbillion pelaburan. Insyallah dlm tempoh 3 tahun ini kita akn dpt melihat
sinar dan selepas itu Malaysia akn kembali mengaum.
Aura Anwar ke mana sahaja samada ketika beliau bersolat Jumaat,
memasuki kampus, ke luar negara beliau sentiasa kerumuni pelbagai lapisan
masyakat dunia.
Anwar adalah pemimpin yg ditunggu. Ada 3 sebab saya berkata
demikian… Anwar adalah pemimpin yg akn menghapuskan rasuah, Anwar adalah pemimpin
yg menyatukan perpaduan masyarakat Malaysia dan Anwar adalah pemimpin yg akn
mengembalikan ekonomi negara kembali menjadi Malaysia Asian Tiger Economy.