Ratib Melayu miskin, 'tidak jadi tuan dibumi sendiri',
mengharapkan belas ihsan orang lain bukanlah berlaku kerana kaum itu malas
berusaha atau ditindas oleh Kerajaan Perpaduan yang baru memerintah beberapa
bulan.
Sebaliknya, menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM)
Kapten (B) Zulkifli Othman, kaum Melayu terpinggir kerana mereka dirompak sejak
berdekad dekad lamanya oleh pemimpin yang khianat.
Katanya, oleh kerana banyak dana disakau atau dibawa lari keluar
negara maka peruntukan khas untuk diagih agihkan kepada Bumiputera bagi
meningkatkan pencapaian
ekonomi pun amat terbatas peruntukkannya.
Atas alasan keterbatasan itu, ujar Zulkifli, maka terdapat puak oligarki Melayu yang ketika ini cuba memainkan propaganda kononnya Melayu hilang punca kuasa dan ditindas oleh bukan Bumiputera di dalam sektor kerajaan dan ekonomi.
Kapten (B) Zulkifli Othman
"Hakikatnya, kekayaan Melayu itu banyak dimonopoli oleh
kelompok elit yang bergelar konglomerat dan kleptokrat.
"Kesukaran kerajaan menurunkan harga barang hari ini pun kerana bebanan hutang terlampau tinggi yang dibuat oleh kelompok politik Melayu.
"Pada saya satu cara untuk kembalikan kekayaan rakyat ialah dengan cara kita semak semua akaun bekas Menteri dan Perdana Menteri. Sama ada dalam negara atau luar negara. Baru rakyat tahu kekayaan sebenar yang boleh diberi kepada semua rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.
Kepada pengikut pemimpin yang taksub memperjuangkan hak Melayu 'terhakis', Zulkifli menasihatkan mereka berfikir sejenak.
Katanya, pemimpin seperti Mahiaddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad
dan sebagainya telah pernah menjadi Menteri selama berpuluh puluh tahun, namun
mengapakah negeri lingkaran Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu masih miskin.
Oleh itu katanya, tibalah masa untuk orang Melayu bertukar parti pemerintah di peringkat negeri sekali pun dalam Pilihan Raya Negeri pada Julai ini.
"Kita lihat negeri di bawah PN hari ini, negeri Melayu
miskin. Apa yang perlu dibuat? Rakyat negeri ini kena ubah kepimpinan. Pemimpin
mereka (PN) di Parlimen berkata kemiskinan tegar tidak boleh dinokhtahkan. Maka
sebaiknya pemimpin itu yang dinokhtahkan
"Bagi saya, rakyat hari ini kena menempa kekayaan. Orang
Melayu akan keluar dari kepompong penguasaan pemimpin Melayu rasuah dan tamak
hanya setelah mereka berjaya
"Bila kita ada kekayaan barulah ada kuasa. Kalau pemimpin
saja yang kaya maka orang Melayu akan terus tersepit selama lamanya," kata
Zulkifli lagi.