Kerajaan cuba menyelesaikan projek perumahan sakit dengan beberapa
kaedah.
Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akmal
Nasir (PH - Johor Bahru) terdapat berpuluh puluh projek sakit yang sedang
diselesaikan oleh kerajaan pada waktu ini.
"Sebanyak 47 projek dalam peringkat perancangan untuk
mengenalpasti kaedah mekanisme untuk memulihkan projek tersebut melalui
penyelesaian yang dipersetujui bersama oleh pemaju penyelamat dan pembeli.
"Kedua, sebanyak 45 projek dalam peringkat sedang dipulihkan
dan 23 projek berada dalam peringkat statik yang mana sedang dalam penyelesaian
isu perundangan
"Harga purata unit rumah yang dibeli dan harga unit rumah
yanag dibina nilai Gross Development Value (GDV) dianggarkan RM7.6
bilion," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Chong Zhemin (PH
- Kampar).
Tambah Akmal, kerajaan komited untuk mencari pendekatan yang
berfokus dan berstrategi serta memberi impak yang positif bagi menyelesaikan
isu projek sakit dan terbengkalai melalui penubuhan task force projek
terbengkalai dengan menekankan 4 elemen utama, iaitu pengenalpastian,
pengenalan, pencegahan dan cadangan model ke hadapan.
"Task force ini juga melakukan due dilegent bagi mengenai pasti cara terbaik menyelesaikan isu perumahan swasta yang terbengkalai yang kita tahu agak kompleks dan rumit.
"Dalam usaha memulihkan projek, KPKT menjadi mediator dan
pemudah cara di atara pihak pemaju pemberi dan agensi pemegang taruh,"
katanya.
Dalam pada itu, Akmal berkata, KPKT sejak 2009 telah berjaya
menyelesaikan 226 projek dengan melakukan beberapa cara, termasuklah menyiapkan
rumah sehingga mendapat sijil layak diduduki (CF), penyelesaian pembeli dan
pemaju di mana pemaju perlu bayar balik ke pembeli dan mengguna dana kerajaan
untuk membangun insfrastruktur asas sehingga mendapat CF.