PATUT SAKAN MELALAK- RUPANYA TERBABIT- SIANG MLAM PAGI PETANG MELALAK.....

 

Wan Saiful ditahan, dijangka didakwa esok berhubung Jana Wibawa, kata laporan

Media melaporkan Wan Saiful Wan Jan ditahan malam tadi dan dijangka didakwa esok berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Media memetik sumber melaporkan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM malam tadi.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijangka mendakwa Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, esok berhubung inisiatif Jana Wibawa, menurut laporan.

Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu ditahan selepas beliau hadir ke ibu pejabat SPRM malam tadi.

Sementara itu, media menerima undangan untuk membuat liputan ke atas pendakwaan dua individu berkait Jana Wibawa pada esok pagi, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Undangan SPRM itu tidak menamakan individu terbabit.

SPRM baru-baru ini membeku akaun Bersatu dalam siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.


No comments: