#PDRM, #MCMC-“PENCETUS UMMAH”

 

ADRIAN LIM CHEE EN










“PENCETUS UMMAH”

PU Syed (Syed Mohd Bakri Benyahya), pemenang Pencetus Ummah musim ketiga (tahun 2015) telah memuatnaik sekeping gambar mendakwa KONONNYA terdapat perarakan hidupkan komunis.

(Pautan: https://www.instagram.com/p/Co4Y8prJ5x2/?igshid=YmMyMTA2M2Y=)

Melalui semakan yang dibuat, gambar-gambar yang dimuatnaik oleh PU Syed adalah gambar-gambar pameran seni sempena Penang Georgetown Festival tahun 2018.

Pameran yang berjudul “Blind” (Buta) itu telah dipersembah oleh “Desvio Coletivo”, sebuah rangkaian artis teater dari Brazil.

(Laman web Desvio Coletivo: https://www.desviocoletivo.com.br/blind)

Pameran seni ini bukan sahaja dibuat di Pulau Pinang (Malaysia), tetapi juga di Rio De Janeiro (Brazil), New York (Amerika Syarikat), Amsterdam (Bekanda), Paris (Perancis), Funchal (Portugal), San Jose (Costa Rica), Barcelona (Sepanyol) dan sebagainya.

Melalui pameran ini, para artis akan memakai sut seperti seorang “Business Executive”, membawa telefon bimbit, beg kerja dan dokumen.

Apa yang menonjol ialah para peserta akan diselaputi dengan tanah liat sambil berjalan di sekitar bandar seperti yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Menurut Desvio Coletivo, pameran seni ini dibuat untuk mencetus perbincangan dalam kalangan orang ramai berkenaan isu-isu semasa seperti isu ekonomi dan sebagainya.

Sebagai contoh, di New York, pameran tersebut dibuat untuk membincang perbezaan kelas sosio-ekonomi di antara rakyat marhaen dan institusi-institusi kewangan gergasi.

Ianya TIADA KENA MENGENA DENGAN KEBANGKITAN KOMUNIS seperti yang didakwa oleh PU Syed.

Mohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menyiasat pertuduhan yang dibuat oleh PU Syed.

Lampiran tambahan ~

Berita: https://www.thestar.com.my/.../blind-helps-people-see.../

Gambar: https://www.facebook.com/100000041216605/posts/2083945314950155/?mibextid=q5o4bk

Video: https://youtu.be/kLcWN4t2q-8

 

No comments: