MP PAS bimbang Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme



Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko kesihatan. Menurut Dr Halimah Ali (PN-Kapar) penyediaan makanan yang berharga rendah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.