KEH..KEH..KISAH SI PENJUAL MEE GORENG YANG TERSOHOR-DARI KETUA GEROMBOLAN SEHINGGALAH MENJADI CALON UMNO

 




Walaupun 5 tahun sekali sahaja Khai Takiri menggoreng mee, namun berkat jasa dan khidmat baktinya mee goreng Kuala Nerus berjaya dipopularkan ke serata pelusuk dunia.

Menurut seorang penduduk tempatan Kuala Nerus bernama Mat Kapan bin Mat Kapit, beliau mendapati ramai pelancung yang berkunjung ke daerah itu terkejut kerana terdapat mee yang digoreng dalam kuali yang begitu besar sekali yg disifatkan janggal sekali.

"Bila saya tanya pelancung-pelancung itu, contohnya seorang yang datang dari Kelantan, beliau menyangka oleh kerana Kuala Nerus ini berada di Terengganu, kami hidup dengan makan ikan dan keropok sahaja," katanya dalam temubual eksklusif bersama BerMaNaTV.

"Tidak. Di sini juga ada mee, roti Gardenia, kek bunga Mawar dan bermacam lagi makanan. Jadi kita harus berterima kasih kepada YB Khai Takiri kerana berjaya membuka mata dunia luar terhadap Kuala Nerus tentang mee goreng beliau."

Sementara itu, tidak dapat dipastikan mee yang digoreng Khai Takiri itu berjaya dijual atau tidak memandang semasa tinjauan dibuat hanya ada 2 tiga ekor kucing saja yg berkeliaran disitu.

*Petikan laporan BerMaNaTV*