BETAPA TERUKNYA LEBAI HADI
Baru sahaja kita mendengar ada lebai Pas berkata, "sokong
BN dan PH, masuk neraka", kemudian lebai ini minta maaf. Sebelum itu,
lebai Razman dari Perak berkata, "Jika sokong Anwar jadi PM, Anwar akan
halalkan lelaki berkahwin dengan lelaki, wanita berkahwin dengan wanita".
Terbaru, lebai Hadi pula berkata, dia bimbang kerana Dap letak
ramai calon Melayu. Sebelum ini, lebai Hadi bimbang kerana PH dikawal oleh Cina
dari Dap. Bila Dap letak calon Melayu, dia bimbang juga. Nampak tak perangai
lebai Hadi yang bodoh dan rasis?
Apa yang dia tidak bimbang? Dia tidak bimbang jika parti
berjenama Islam meletakkan orang kafir sebagai calon. Jika dia letak calon
bukan Islam, hukumnya halal. Jika parti Dap letak calon orang Islam, hukumnya
'haram' dan membimbangkan. Itulah tanda2 penjual agama yang sesat lagi
menyesatkan.
Pelik bin ajaib, orang sebengong Hadi ini boleh memperbodohkan
ramai para penyokongnya termasuk para ustaz. Itulah kelebihan Hadi iaitu boleh
memperbodohkan orang agar setaraf dengan otak beliau.
WFAUZDIN NS