STEVEN SIM DAN KHAI LOON TERUS MEMBANTU




Ada orang hantar mesej kata ada famili kat Bukit mertajam yang kena halau dari rumah sewa merekaDescription: πŸ˜”. Isteri orang Sabah dan suami dari Kedah, anak umur 15 tahun.

Kak Nur dan Abang Rosli kata bila depa kena halau, ada uncle Cina seorang tolong angkut barang-barang depa ke rumah kawan. Inilah Malaysiaku yang indah, tak kira kaum dan agama kita sama-sama bantu membantuDescription: πŸ‘πŸ».

Rumah sewa sekarang pun rumah jenis pondok kecik, kawan kasi duduk dalam sebuah bilik. Sewa RM150 sebulan. Walaupun bilik hanya sebesar kotak tapi tetap mereka bersyukur kurang-kurang ada bumbung buat teduh hujan dan panasDescription: 😞.

Sudah jatuh ditimpa tangga, 2 hari lepas bila berlaku banjir kilat, rumah itu dinaiki air rosak barang-barang mereka.

Saya tengok komen tadi ada yang kata depa somi isteri nampak sihat kenapa tak kerja. Kawan-kawan, sakit dalam badan siapa yang tahu? Kalau tak kena kat batang tubuh sendiri, kita takkan faham. Abang Rosli ada penyakit urat saraf dan tangannya pun tak kuat sebab pernah patah sekali. Dia bukan tak kerja, ada kerja potong rumput. Itu memang kerja susah. Dan dia hanya larat buat sekadar yang mampu. Satu bulan ada la RM400-RM500.

Kak Nur pun ada penyakit kulit dan perlu berubat. Ada niat nak niaga tapi modal takda. Kak Nur kata walaupun hidup susah mereka tak pernah pohon bantuan siapa-siapa. Mereka tak mau hidup bergantung pada orang. Itu yang buat saya terharuDescription: 😭.

Tapi mereka dah tak larat dan tak sanggup lihat anak umur 15 tahun turut hidup begini bersama mereka, tiap hari makan nasi putih cicah kicap. Kadang kala pancing ikan kat parit, petik sikit kangkung adalah lauk tambah. Kini rumah pun tak adaDescription: 😭.

Bila dapat tahu perkara ini, saya call ADUN kawasan, Saudara YB Lee Khai Loon ζŽε‡―δΌ¦ minta dia tolong carikan rumah yang lebih baik. Walaupun saya bukan lagi Ahli Parlimen dalam tempoh kempen PRU ini, saya akan bantu semampu yang boleh. Hari ini Khai Loon bawa berita baik kepada Kak Nur dan Abang Rosli. Kami dah dapatkan rumah baru buat mereka! Hari ini juga kita pindah.

Khai Loon berjaya pohon sebuah rumah kerajaan negeri di Flat Desa Wawasan. Kaedah sewa-untuk-beli. Bayar sewa RM240 bulan-bulan, lepas 15 tahun rumah jadi milik mereka. Sewa satu tahun semua dah cover, supaya mereka ada masa untuk berdiri semula dulu, tenangkan fikiran, bina semula kehidupan, kemudian barulah start bayar sewa sendiri. Saya kata kat Kak Nur, mulai sekarang takda siapa-siapa boleh halau dari rumah. Ini mahligai milik keluarga mereka.

Lepas ni kita tengok macam mana nak bantu Kak Nur mulakan bisnes jual nasi lemak.

Anak mereka Irfan bagitau saya dia nak jadi doktorDescription: πŸ§‘πŸ»‍⚕️ . Saya tengok dia punya study pun baik. Dia borak dengan saya dalam bahasa Inggeris. Saya tanya Abang Rosli sudikah dia bagi Irfan jadi anak angkat saya? Saya akan bantu dalam pelajaran Irfan supaya boleh tercapai cita-cita jadi doktor. Abang Rosli restukan. Selama saya jadi Ahli Parlimen, saya dah ada 70 orang anak angkat. Ada Melayu ada Cina ada India. Macam Anwar Ibrahim kata, "Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya"... Lebih kurang begitulah. Description: 😬

Kak Nur dan Abang Rosli, selamat masuk ke rumah baru, mahligai keluargamu. Semoga nyenyak tidurmu malam ini.

Sehingga kini, saya tak pernah minta derma untuk kempen PRU saya dalam Facebook ini. Tapi kalau ada yang tergerak dalam hati nak bantu keluarga Kak Nur dan Abang Rosli, bolehlah buat sumbangan terus kat mereka. Setidak-tidaknya kita sedekahkan doa semoga hidup mereka akan dipermudahkan selepas ini. Description: 🀲🏼

JALAN TERUIH !! .

Kepada sesiapa yang ingin bantu Kak Nur, boleh sumbang direct kepada beliau Description: πŸ™:

Nordinah bt Safari

CIMB : 7021855695