Walaupun 5 tahun sekali sahaja Khai Takiri menggoreng mee, namun
berkat jasa dan khidmat baktinya mee goreng Kuala Nerus berjaya dipopularkan ke
serata pelusuk dunia.
Menurut seorang penduduk tempatan Kuala Nerus bernama Mat Kapan
bin Mat Kapit, beliau mendapati ramai pelancung yang berkunjung ke daerah itu
terkejut kerana terdapat mee yang digoreng dalam kuali yang begitu besar sekali
yg disifatkan janggal sekali.
"Bila saya tanya pelancung-pelancung itu, contohnya seorang
yang datang dari Kelantan, beliau menyangka oleh kerana Kuala Nerus ini berada
di Terengganu, kami hidup dengan makan ikan dan keropok sahaja," katanya
dalam temubual eksklusif bersama BerMaNaTV.
"Tidak. Di sini juga ada mee, roti Gardenia, kek bunga
Mawar dan bermacam lagi makanan. Jadi kita harus berterima kasih kepada YB Khai
Takiri kerana berjaya membuka mata dunia luar terhadap Kuala Nerus tentang mee
goreng beliau."
Sementara itu, tidak dapat dipastikan mee yang digoreng Khai
Takiri itu berjaya dijual atau tidak memandang semasa tinjauan dibuat hanya ada
2 tiga ekor kucing saja yg berkeliaran disitu.
*Petikan laporan BerMaNaTV*