KAMSIAH HAIDER
Saya kurang faham kenapa pengurusan Prasarana, terutama menteri
kewangan (Prasarana bawah Kementerian Kewangan dan dipantau oleh Kementerian
Pengangkutan) tidak memberi keutamaan kepada membangunkan kepakaran teknologi
tempatan, selepas sekian lama menguruskan operasi LRT (lebih 20 tahun).
Saya fikir kesilapan dan gangguan ini berpunca daripada
Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan itu sendiri yang tidak
mempunyai kepakaran untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku.