TAK BOLEH BAH AYAT TUNGGANG NI

 






Paling tak tahan bila si Taki ni sebut sebuah negara yang diredhai Allah (https://bit.ly/3QuCokk).

Sehari tak tunggang agama tak boleh agaknya. Nak redha Allah macamana kalau penuh terpalit dengan rasuah dah penyelewengan? Allah sekali-kali takkan redha dengan kebejatan yang sebegitu.

Itu belum kira judi yang berleluasa serta bilangan cabutan yang bertambah selepas PH turunkan dulu. Waktu itu PAS ada dalam kerajaan. Redha Allah yang macamana yang Taki maksudkan?

Cukup-cukuplah bodohkan minda muslim dengan cara sebegini. Sebuah negara Islam mementingkan kesejahteraan hidup rakyat. Mana mungkin negara yang kekayaan berlegar dalam golongan tertentu sahaja boleh mengaku negara Islam.

Kalau UMNO, PPBM dan PAS bersatu, yang rakyat dapat bukan negara yang diredhai oleh Allah, tapi gabungan penyamun + pengkhianat + pemakan dedak. Gelap masa depan negara. Guane boh?

Raja Gelap