UNDI CALON
Sejak tahun 2020, selepas jatuhnya Pakatan Harapan, saya mula promosikan UNDI CALON, BUKAN UNDI PARTI.
Ini kerana kita dah muak dengan politik kepartian. Pusing2 macam tu jugak. Makanya, daripada kita dok fokus parti mana nak menang, dan siapa nak jadi Perdana Menteri.
Baiklah kita pastikan YB yang kita nak undi itu berkualiti. Mereka itu wakil rakyat bukan wakil parti. Makanya undilah calon, bukan parti lagi.
2 tahun lamanya saya cuba mengubah minda. If you want to change the politics, you have to change the society. Itu pegangan saya.
Sampailah pandangan saya dirujuk oleh sebuah portal politik Indonesia. Saya dah mula lihat impaknya.
Setelah itu saya perkenalkan konsep SAFT dalam memilih pemimpin. Siddiq (truthful), Amanah (trustworthy), Fathonah (intelligence), Tabligh (deliver).
Setakat ini saya dah promosikan ramai pemimpin dari pelbagai parti.
1. YB Datuk Dira Zahar (UMNO)
2. YB Marina Ibrahim (DAP)
3. YB Amira Aisya (MUDA)
4. Datin Paduka Che Asmah (Pejuang)
5. YB Datuk Darell Leiking (Warisan)
6. Allahyarham DS Khalid Ibrahim (PAS)
Semua ini pada saya menepati elemen SAFT itu.
Sebentar tadi, saya berkesempatan melepak dengan Ketua Srikandi Keadilan, bekas YB, Saudari Siti Aishah. Beliau pernah menjadi Senator Dewan Negara. Cukup popular di kalangan orang muda. Huge presence di Tiktok juga.
Orangnya cukup bersederhana, bijak dan berpijak ke bumi. Dah lalui sepak terajang dunia politik sejak umur 23 tahun. Sampai pernah digantung keahlian kerana dilabel geng pengkhianat Langkah Syaitan. Eh... *Sheraton.
Tapi beliau buktikan beliau bukan pengkhianat. Bangkit lagi menolong parti. Walau pernah disisih.
Berpendidikan dalam bidang IT. Beliau masih menuntut dalam Ilmu Usulluddin. Tiap bulan pergi ke sekolah pondok. Bab ni saya tabik.
Saya duduk melepak dengan dia selama hampir 2 jam. She spoke from her heart. And her heart is definitely at the right place. That is for the country.
Orangnya zuhud sekali. Which is a plus point. Masa tidak lagi menjadi YB, beliau chill je buka Gerai Burger. Siap bagi harga subsidi untuk rakyat kawasannya. Situlah jadi Pusat Khidmat Masyarakat. Tempat dia bantu rakyat.
Darah pemimpin mengalir dalam diri. Ibu saudara beliau ialah salah seorang pemimpin Wanita UMNO dolu2, namanya Senator Dasimah Dasir. Datuk beliau sendiri pernah jadi Ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang.
Nak dijadikan cerita juga, dia satu sekolah rendah dengan saya di SK Manjoi 2, Ipoh. Tapi kami beza umur 4 tahun. Makanya wajib bin haruslah disokong!
😂😂😂
Saya harapkan mana2 pengundi yang dapat Siti Aishah sebagai calon, bolehlah undi wanita ini. Sudah lepas tapisan SAFT tadi.
Mari kita letakkan set2 Hang Nadim pula sebagai MP.
Salam hormat,
Liyana Marzuki