CATATAN
Anwar Ibrahim yang tidak pernah giveup. |
LAMA saya tidak menghadiri mana-mana himpunan atau rapat parti
politik. Sejak negara diancam Covid akhir 2019 menyebabkan aktiviti politik
terhad, malahan sunyi sejak kira-kira dua tahun, kita semua tidak
mengikut himpunan politik. Bagi peminat politik seperti kempunan.
Selepas dua setengah tahun kemudian baru ada kegiatan politik itu pun bersifat kecil-kecilan terhad dalam ruang tertutup sahaja. Kehadiran juga terbatas dan perlu mematuhi sop yang ketat.
Khemah penuh sesak. |
Kalau pun ada himpunan agak besar sedikit ialah mesyuarat agung parti, seperti Perhimpunan Agung Umno, Kongres Nasional Keadilan, Muktamar Pas dan lain-lain. Acara atau himpunan terbuka tidak ada dalam tempoh itu. Penyiaran menerusi live streamyx kandatipun boleh diikuti tetapi tidak puas.
Keadaan itu memberi masa untuk saya dan kita semua banyak rileks
daripada bersibuk dengan acara politik. Masing-masing jaga diri dan keselamatan
keluarga. Keselamatan diri dan keluarga lebih penting daripada aktiviti politik
yang tidak pernah tahu rehat dan adakalanya memualkan itu.
Melimpah ruang ke luar. |
Namun selepas dua tahun, Covid hampir reda, kubang politik kita
sibuk kembali. Sudah ada acara atau himpunan politik diadakan di luar ruang
atau pun di khalayak ramai.Orang ramai sudah bebas untuk mengikutinya seperti
sedia kala. Ancaman pandemik sudah tidak dipedulikan lagi. Ia bermula
apabila berlangsung pilihan raya negeri (Pirane) Johor. Semasa Pirane Melaka,
peraturan dan SOPnya lebih masih ketat menyebabkan orang ramai masih
membimbangi Covid.
Bermula selepas itu sudah
ada pelbagai aktiviti dan program politik. Bahkan aksi lebih "lanka",
seperti tunjuk perasaan, flash mop juga telah diadakan.
Demam pilihan raya juga sudah mula dirasai, apa lagi apabila ada usaha untuk
mendesak Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan parlimen.
Berjumpa dengan teman lama. |
Namun saya masih tidak terbuka hati untuk menghadiri atau
mengikuti semua acara politik itu. Masih malas. Dua pilihan negeri Melaka dan
Johor, saya tidak terliur sama sekali untuk menjenguknya. Bukan kerana hambatan
pandemik, tetapi kerana muak dengan gelagat politik negara yang sudah hilang
moral dan prinsip, menjadikan hati tawar turun ke pilihan raya tersebut.
Walaupun begitu sebagai seorang penggemar politik dan
penganalisa kerdil, saya tidaklah langsung mengabaikannya, tetap mengikutinya
dan memerhati setiap denyut nadi dan gelagat politik menerusi saluran
maya.
Hampir semua acara-acara
politik, kecil besar termasuk mesyuarat agung, kongres dan mutkamar
disiarkan secara langsung. Era digital dan kecanggihan teknologi
penyeluran (internet) maklumat kini menjadikan kita
dilingkungi segala maklumat dan berita walaupun kita tidak menginginnya.
Kadang-kadang maklumat dan berita politik sampai dengan tidak sengaja kepada
kita menerusi pelbagai medium atau pelantar yang ada.
Begitulah dunia zaman
ini. Namun, melihat aktiviti dan acara politik menerusi siaran langsung tidak
sama dengan menghadirinya sendiri, melihat dengan mata kepala sendiri dimana ia
lebih menyeronok, menyakinkan dan boleh mentafsirkan acara itu seluas-luasnya.
Bila hadir sendiri bukan
sahaja melihat acara atau himpunan itu secara realistik, tetapi ada
perkara-perkara lain yang membantu dan menguntungkan. Dapat melihat gelajat
manusia yang hadir dan dari itu dapat ditafsirkan apakah yang akan berlaku
kemudiannya. Selebihnya dapat juga berjumpa dengan rakan-rakan lama atau mereka
yang bergelumang dalam aktiviti politik, baik aktivis atau penganalisa khasnya
diera reformasi lebih 20 tahun lalu.
Rapat Mega Keadilan.
Malam semalam, adalah pertama kali saya hadir ke upacara besar
parti politik, Rapat Mega Keadilan yang berlangsung di Taman
Melawati, Kuala Lumpur. Jarak dengan rumah saya tidak sampai tiga kilometer dan
itu yang menjadikan saya lebih terpanggil untuk menghadirinya.
Apa yang bermain dalam kepala saya untuk hadir ke majlis itu,
bagi melihat sejauh mana sambutan orang ramai dan aura majlis tersebut. Sebelum
ini sudah ada acara-acara kecil di sekitar kediaman saya, tetapi ia tidak
membuka selera saya untuk hadir. Setengahnya saya mengikut sambil lewa menerusi
sahaja live streamyx sahaja. Namun semalam saya paksakan juga
diri untuk hadir walaupun kaki kurang selesa.
Tenang mendengar amanat. |
Ada dua faktor besar kenapa saya turun semalam, pertama untuk
melihat sejauh mana sambutan orang ramai terhadap majlis itu. Ini kerana
himpunan itu saya difahamkan merupakan warm-up, Keadilan bersiap
siaga untuk menghadapi pilihan raya. Kita mahu tengok sekuat mana semangat
orang Keadilan khasnya untuk menghadapi Piraum ke-15 setelah mereka selesai
menstruktur semula parti selepas disodomi Azmin Ali.
Keduanya kerana majlis
itu diadakan di lokasi terletak dalam parlimen Gombak. Parlimen ini adalah
diwakili oleh bekas Timbalan Keadilan Mohamed Azmin Ali yang
telah meninggalkan parti. Dua keadaan itulah yang menjadi tanda tanya dan
menggaru-garu minda saya serta menimbulkan suspen.
Dalam perjalanan saya
tertanya-tanya apakah majlis itu mendapat sambutan atau sebaliknya? Ia sedikit
membimbangkan dan merasakan rugi kalau majlis itu tidak mendapat sambutan.
Ertinya sia-sia sahaja menghabiskan masa untuk melangkah bersama isteri dan
anak lelaki saya, kalau majlis malam tadi longlai.
Mula memasuki ke kawasan
Taman Melawati timbul rasa cemas kerana keadaanya sunyi sepi. Jalan-jalan tidak
jam atau sesak seperti mana diadakan himpunan-himpunan politik sebelum ini.
Sebelum ini kalau diadakan himpunan menjelang pilihan raya, kawasan itu akan
penuh sesak. Kawasan Taman Melawati adalah kawasan campuran antara orang atasan
dan orang bawahan. Ia menggambarkan kemajmukan rakyat. Taman Melawati boleh
dijadikan kawasan petunjuk kepada keadaan politik.
Kebetulan saya
menganalisa dan memerhati setiap himpunan politik yang diadakan disini sejak
lebih 30 tahun lalu. Jadi reti sangat saya tentang "bangsa" dan
"fiil" tentang sambutan kepada acara politik di sini. Apa yang berlaku
atau tertunjuk di majlis yang diadakan di sini akan memberi indikator kepada
suasana politik di Kuala Lumpur.
Berdiri kerana bersemangat.. |
Semasa sampai jam 8:30 malam, keadaan tidak begitu berapa
menggembirakan kerana di bawah khemah besar yang boleh memuatkan kira-kira
4,000 masih belum penuh. Masih ada kerusi-kerusi yang kosong. Manakala di ruang
kiri kanan dan di bahagian belakang juga masih belum penuh. Ketika itu
dipentas, sudah ada ada pemidato yang melantunkan suara sebagai pemanas
suasana. Seorang demi seorang pemidato dari kalangan anak muda dipanggil untuk
berucap dan melontarkan pandangan.
Antara mereka yang diberi
ruang menyampaikan ucapan ialah Ketua Angkatan Muda Adam Adli, dan beberapa
Exco Wanita, Rayan Rahim dan lain-lain. Dua naib presiden Keadilan yang
merupakan pemimpin masa depan, Amiruddin Shaari dan Aminuddin Harun juga turut
berucap.
Sambil itu, saya seperti
biasa merayap dan menjenguk serta meninjau keadaan orang ramai. Mendengar
cakap-cakap dan "soksek" atau komen-komen senyap mereka terhadap
majlis itu. Daripada beberapa komen yang sempat ditangkap telinga saya memberi
gambaran positif. Ada yang teruja dengan himpunan dan ada juga yang bernada
sebak melihat kepada sambutannya.
Jumpa Syed Ibrahim, Zawawi, Ramli. |
"Sudah lama kita tidak melihat keadaan seperti ini,"
kata seorang warga separuh umur. "Nampaknya Keadilan masih kuat,
masih teguh. Tidak boleh dihancurkan," katanya lagi seperti
menuturkan kepada saya.
Manakala yang lain pula,
menyebut, "kalau macam ni (sambutan) hanyutlah Azmin nanti." Saya
faham kenapa pertuturan itu dikeluarkan kerana Gombak diwakil Azmin Ali.
Tampaknya rata-rata orang Gombak marah dan murih kepada Azmin.
Dan saya lihat yang menghadiri majlis malam tadi terdiri
daripada berbagai peringkat, yang berusia 60 tahun ke atas, bawah 50an dan
anak-anak muda sebaya dengan usia anak bongsu saya, 22 tahun. Ini satu gambaran
dan perkembangan yang baik untuk masa depan politik kita sekurang-kurangnya
buat Keadilan. Bahawa parti Keadilan masih menjadi parti berbilang kaum yang
diharapkan memimpin negara.
Selain itu tujuan lain saya hadir keupacara begitu, selain untuk
melihat gelajat para penggemar politik ialah berjumpa dengan rakan-rakan lama.
Apakah mereka hadir atau tepatnya masih ada. Jangkaan masa 20 atau 30 tahun,
suatu jangka masa yang panjang dimana dalam tempoh itu segala boleh berlaku.
Dalam tempoh itu sudah ramai "peminat" politik sudah meninggal atau
pun sudah "terseksa" di rumah.
Sambil berjalan sesekali
saya disapa kiri dan kanan oleh rakan-rakan lama atau pun pengikut media sosial
saya. Suasana itu memberi semangat buat saya dan membolehkan saya membuat
tafsiran bahawa orang lama masih ada, mereka masih setia dengan dunia politik.
Tidak syak lagi yang menyapa saya dan berselfie adalah mereka yang
mula berkenalan sejak zaman reformasi. Saya boleh menyimpulkan mereka itu semua
adalah peminat dan pengkagum Anwar Ibrahim.
Akhirnya saya terhenti di
suatu booth, apabila disapa seseorang yang berada dalam suatu
kumpulan kecil di situ. Mereka merupakan pimpinan Keadilan Selangor, ada Exco
Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Cikgu Amdi Manan, Mokhtar dan lain-lain.
Sekejap kemudian singgah pula Ahli Parlimen Bukit Ledang, Syed Ibrahim Syed
Nuh. Juga beberapa orang anak muda di zaman reformasi yang masih kenal saya
yang datang dari Kelantan, ikut menyapa dan berselfie.
Nampaknya yang hadir
semalam bukan sahaja daripada parlimen Gombak tetapi dari kawasan lain termasuk
dari Klang, Kuala Selangor, Sepang dan lain-lain. Himpunan semalam merupakan
himpunan anjuran Penerangan Keadilan pusat yang dipimpin ahli Parlimen Lembah
Pantai Fahmi Fadhil. Rapat mega itu adalah pemanas badan
sebelum turun ke gelanggang. Ia juga sebagai rechergas bateri
untuk menghadapi pilihan raya.
Kira-kira jam 9:50 malam
tiba-tiba bergema laungan Reformasi bertalu-talu.
Laungan dalam keadaan seperti itu sudah difahami khalayak ia sebagai menyambut
ketibaan tokoh refromasi Anwar Ibrahim. Anwar berjalan masuk menuju
ke pentas sambil dikerumuni orang ramai. Orang ramai berebut-rebut untuk
bersalaman dan berselfe denganya. Itulah Anwar Ibrahim, sosok yang
tidak pernah dijemu untuk ditatapi rakyat. Sosok yang sukar untuk diketepikan
rakyat yang mengetahui hati budi, prinsip dan keulitannya dalam perjuangan.
Anwar tetap dikagumi dan dikerumini. |
Tepukan juga bergemuruh sehinggalah Anwar mengambil tempat di
pentas Setiap yang berada dalam khemah bangun berdiri dan melaungkan reformasi...reformasi.
Suasana itu lazim bila setiap kali Anwar muncul. Keterujaan, pendambaan orang
ramai yang mengkaguminya tidak pernah luntur. Tepukan baru terhenti dan laungan
reformasi senyap sebaik Anwar melabuhkan punggung.
Saya percaya setiap orang
yang hadir semalam bulu roma mereka merinding tegap berdiri. Muka mereka merah
bak bunga raya kembang pagi kerana disepuh semangat juang. Laungan keramat
perjuangan itu mampu menghisteria sesiapa sahaja. Laungan reformasi
sesungguhnya boleh menyegar dan menyihatkan badan yang lemah. Saya sendiri
tatkala mendengar laungan itu terasa denyut gaout di kaki
hilang.
Apa yang tergambar
semalam jelas menunjukkan kekuatan dan semangat pendokong Keadilan masih kuat
dan utuh. Walaupun Keadilan sudah dipecah pecilkan oleh pengkhianat, oleh Azmin
Ali, Jaafar Kamaruddin serta yang lain-lain, tetapi usaha itu sia-sia sahaja.
Bahkan pemecahan itu menjadi sebagai biduk yang menaut-eratkan kiambang. Dan
mereka yang hadir lebih 5,000 semalam adalah kiambang yang memperkuatkan
Keadilan. Itulah rahmat dan rahsia tragedi yang menimpa Keadilan tiga tahun
lalu.
Kesimpulannya justeru
himpunan semalam adalah himpunan Keadilan secara solo tidak membabitkan rakan
mereka lain dalam PH, ia memberi gambaran dan petunjuk bahawa Keadilan sudah
bersiap siaga dan mampu untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya sama ada
dalam masa terdekat atau kapan.