Tapi sayang...
Kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali
Mengenang cinta dahulu...
Itu lagi Cinta Tiga Segi. Tiada kena mengena tetapi agak sesuai
dengan tajuk berita ini. Kisah hubungan PAS dan PPBM ni kalau manusia, boleh
dilabelkan "it's complicated".
Berita penuh di https://bit.ly/3xSPxgt.
PPBM tunggang sentimen kebencian rakyat kepada kleptokrasi.
Mahukan khemah besar jadi isytihar BN sebagai musuh dan kekal berusaha untuk
bentuk kerjasama dengan PH.
Manakala PAS pula tunggang sentimen agama dan kaum. PAS mahukan
kerjasama dengan BN dan isytihar PH sebagai musuh utama. Habis tunggang
langgang dah depa ni.
Kalau berbeza pendapat itu biasa. Dalam PH pun banyak kali
berlaku perbezaan pendapat. Tapi ini berlawan arah terus. Sorang nak ke utara,
sorang lagi nak ke selatan
Kalau bawa kereta, keadaan PH macam tuju arah yang sama. Beza
pendapat cuma nak berhenti di R&R yang mana. Tapi dalam PN, arah pun
berbeza, nak gerak macamana?
Inilah petanda kerjasama mereka bukan terbentuk atas dasar
prinsip. Tapi hanya perkongsian kuasa dan tunggang menunggang. Matlamat
perjuangan pun tak selari atau tak wujud pun.
Ini yang rakyat nak pilih sebagai pemerintah? PN ni, kalau kalah
PRU nanti confirm pecah berderai. Bertahan sekarang pun sebab ego dan nak terus
tipu penyokong je ni.
Rakyat perlu celik mata. Lihat PN dan BN bukanlah satu option
untuk rakyat. Sedangkan nak pilih siapa kawan siapa lawan pun mereka keliru.
Sebab itu bila memerintah mereka tepu. Guane boh?
.