NORMAN RADZUAN
Siapa Yusuf Al-Qaradhawi ulama
yg sering dipenjara?
KITA HILANG TOKOH INTELEKTUAL AGAMA
Seluruh umat Islam menangisi pemergian Ulama hebat ini. Saya
secara peribadi menganggap beliau sebagai tokoh intelektual Islam di era moden
ini yg pandangannya sgt terbuka atau moderate.
Lima buku yg dikatakan wajib disimpan di setiap rumah karya
agung beliau ialah Halal dan Haram Dalam Islam, Fatwa Kontemporari, Fiqh
Keutamaan, Fiqh Jihad dan Fiqh Hiburan dan Rekreasi… jadi mari kita kenali
siapa insan hebat ini.
Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi lahir di sebuah desa kecil di Mesir
bernama Shafth Turaab pada 9 September 1926. Pada usia 10 tahun beliau telah
menghafal Al Qur’an. Menamatkan pendidikan di Ma’had Thantha dan Ma’had
Tsanawiz.
Qaradhawi kemudian melanjutkan studynya ke Universiti Al Azhar,
Fakulti Ushuluddin dan tamat pelajaran di situ pada tahun 1952. Gelaran
doktornya diperolehi pada tahun 1972 dgn disertasi “Zakat dan Dampaknya Dalam
Penanggulangan Kemiskinan” yg kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat.
Apa maksud disertasi? Disertasi dari segi metodologinya lebih
teliti atau terperinci berbanding tesis. Sebuah buku yg sgt konprehensif
membahas persoalan zakat dgn nuansa modern.
Kenapa Qaradhawi lewat meraih gelar doktor? Beliau terpaksa
meninggalkan Mesir akibat kejamnya rejim yg berkuasa saat itu. Beliau terpaksa
menuju ke Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah
di Universiti Qatar.
Pada masa yg sama beliau juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah
dan Sunnah Nabi. Beliau mendapat kewarganegaraan Qatar dan memilih utk tinggal
di Doha.
Dlm perjalanan hidupnya Qaradhawi pernah pernah dipenjara sejak
masa muda lagi. Di Mesir ketika berusia 23 tahun (1949) beliau dipenjarakan
oleh Raja Faruk kerana penglibatannya dlm pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Pada April tahun 1956 beliau sekali lagi ditangkap di saat
terjadi Revolusi Juni di Mesir. Bulan Oktober, kembali beliau ke penjara selama
dua tahun.
Qaradhawi terkenal dgn khutbahnya yg berani sehingga sempat dilarang
sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalek. Alasannya khutbah Qaradhawi
mencipta pandangan umum tentang ketidakadilan rejim saat itu.
Qaradhawi memiliki tujuh org anak, empat perempuan dan tiga
lelaki. Sebagai seorang ulama yg sangat terbuka, dia membebaskan anak anaknya
utk menuntut ilmu apa saja sesuai dgn minat dan bakat serta kecenderungan
masing2.
Anak perempuan sulungnya memperolehi Doktor Falsafah dlm bidang
nuklear. Anak perempuan keduanya memperoleh gelaran Doktor Falsafah dlm bidang
kimia, anak perempuan ketiganya masih belajar. Anak perempuan keempatnya telah
menyelesaikan pembelajarannya di Universiti, Texas Amerika.
Manakala anak lelakinya sulungnya mengambil bidang teknik
elektro di Amerika, anak lelaki keduanya belajar di Universiti Darul Ulum Mesir
dan anak lelaki bongsu pula telah tamat kuliah di Fakulti Teknik Jurusan
Elektrik.
Sebab itulah Qaradhawi merupakan seorang ulama yg menolak
pembahagian ilmu antara agama dan moden. Baginya ilmu Islamik dan moden
terserah bagaimana seseorang melihat dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu
menurut Qaradhawi telah menghambat kemajuan umat Islam.
Yusuf Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yg
unik. Keunikan dan keistimewaanya kerana cara atau metodologinya dlm
menyampaikan risalah Islam.
Lantaran metodologinya itulah beliau mudah diterima di kalangan
dunia barat sebagai seorang pemikir yg selalu menampilkan Islam secara ramah,
santun dan moderate. Sebanyak 125 buku telah beliau tulis.
Selain itu Qardhawi tidak berasa malu berbeza pendapat dgn
senior-seniornya dlm pergerakan Islam seperti Sayyid Quthb, antara tokoh utama
gerakan Islam moden Ikhwanul Muslimin.
Qardhawi berani mengkritik pemikiran Sayyid Quthb dlm bukunya yg
amat popular "Ma'alim Fii al-Thariiq" (Papan Tanda Sepanjang
Jalan).Bagi Qardhawi, perbezaan pendapat adalah sesuatu yg tidak mungkin utk
dihalang.
Ini kerana selama terdapat sebab2 yg membolehkannya, maka
perbezaan itu tidak akan pernah berakhir. Malah beliau berpendapat, sikap
taksub yg terdapat pada sesetengah umat Islam, sering menimbulkan suasana yg
tidak tenteram dan merugikan umat Islam sendiri.
Kata beliau ia kerana masing2 dgn penuh semangat mempertahankan
pendapat masing2 dan menganggap pendapat merekalah yg paling benar. Benar
Sheikh…Al Fatihah.