Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin.
Pengerusi Perikatan
Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pertemuan antara Tan Sri Abdul
Hadi Awang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mencapai sebarang
keputusan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitahu semalam selepas pertemuan
dengan Presiden PAS tersebut.
Pengerusi
Perikatan Nasional (PN) itu berkata Hadi memberikan penjelasan berhubung
pertemuannya dengan Presiden UMNO yang dilaporkan media baru-baru ini dan
mengesahkan sebelum ini terdapat perjumpaan antara kedua-dua pemimpin tersebut.
“Tok
Guru Hadi juga menjelaskan dalam pertemuan dia dengan Presiden UMNO Datuk Seri
Zahid Hamidi dia kata tak ada apa-apa keputusan dicapai.
“Dia
jumpa, bincang setengah jam lepas itu tak ada apa-apa jadi,” kata Muhyiddin
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini.
Menurut Muhyiddin lagi, mereka
tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat sekiranya terdapat perbincangan
politik yang diadakan dengan parti politik lain.
“Dan
kami pun kalau jumpa, saya jumpa siapa, kita lapor balik. Kita tak ada benda
yang kita sorok,” katanya lagi.
Walaupun
mengakui perpaduan ummah adalah penting, namun Muhyiddin menegaskan sebarang
usaha ke arah kerjasama pasti tidak akan berhasil kerana sikap UMNO sendiri
yang menolak keras sebarang usaha untuk bekerjasama, malah pendirian parti itu
sendiri yang menolak Bersatu menyukarkan lagi usaha tersebut.
“Tok
Guru Hadi kata nak mewujudkan perpaduan ummah ni kita setuju memang bagus
tetapi dari segi realitinya saya jelaskan Bersatu tidak mungkin boleh
bekerjasama dengan UMNO.
“Kerana
UMNO sendiri telah membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung tahun lalu untuk
tidak menerima Bersatu ataupun tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sampai
hari ni kekal,” ujarnya lagi.
Malahan,
Bersatu sebelum ini sudah bersetuju untuk bersama dalam Muafakat Nasional (MN)
tetapi malangnya sehingga hari ini tidak menerima jawapan daripada UMNO.
“(Sebelum
ini) jemput kita untuk menjadi wakil ataupun jadi anggota dalam Muafakat
Nasional, kita dah jawab bersetuju tapi tak jadi apa-apa.
“Jadi
jelas terbukti bahawa UMNO langsung tidak mahu bekerjasama,” katanya lagi.
Dalam
pada itu, Muhyiddin juga berkata PAS bakal membuat ketetapan muktamad pada masa
terdekat ini berhubung isu kerjasama dengan UMNO.
“Saya
diberi bayangan bahawa kemungkinan dalam tempoh terdekat akan buat satu
keputusan muktamad tentang apakah hala tuju mereka ke hadapan dalam Perikatan
Nasional dan sama ada ada apa-apa lagi apa usaha yang nak dibuat dengan pihak
UMNO dan sebagainya… mereka akan buat satu keputusan,” ujarnya lagi.