File photo: Aliran
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan
Adil (Bersih) menggesa perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong
supaya melaksanakan pindaan perlembagaan anti-lompat parti tanpa
berlengah-lengah lagi.
Pindaan perlembagaan yang amat diperlukan ini telah diwartakan
pada 6 September. Pada mulanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah
mengisytiharkan bahawa ia akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya
pada pertengahan September, dalam sidang media di Parlimen pada 9
Ogo.
Walaubagaimanapun baru-baru ini diumumkan bahawa tarikh
penguatkuasaan akan diumumkan kemudian oleh Agong.
Bersih ingin tahu mengapa penguatkuasaan pindaan ini, yang
diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen, ditangguhkan.
Pilihan raya umum semakin hampir, jadi adalah mustahak pindaan
ini dikuatkuasakan supaya pengundi boleh mengundi dengan tenang bahawa pilihan
mereka tidak akan dibatalkan oleh katak politik selepas pilihan raya.
Di bawah pindaan ini, sekiranya mana-mana ahli parlimen bertukar
parti, kerusi parlimen mereka akan dikosongkan secara automatik dan pilihan
raya kecil akan diadakan melainkan kurang daripada dua tahun sebelum penggal
Parlimen berakhir, maka tiada pilihan raya kecil akan dipanggil untuk mengisi
kekosongan itu.
Sekiranya pertimbangan kerajaan adalah penerimaan undang-undang
ini diperingkat negeri, di mana memerlukan kebenaran Sultan atau Yang di-Pertua
Negeri masing-masing, maka seluruh pindaan kecuali bahagian yang melibatkan
Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan boleh dikuatkuasakan dahulu. Hal ini
dibenarkan di bawah Seksyen 1(2) dan (3) pindaan ini.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign
up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make
a regular pledge or auto-donation to Aliran every month or every quarter
Tidak ada alasan untuk menangguhkan lagi penguatkuasaan ini yang
telah mendapat konsensus nasional yang telah ditunjukkan semasa pengundian
parlimen di peringkat persekutuan.
Bersih menjangkakan bahawa pindaan ini akan menggalakkan rakyat
untuk keluar mengundi, dan hal ini penting dalam demokrasi bagi mana-mana
kerajaan yang dipilih untuk mempunyai mandat yang kuat dan sah untuk mentadbir
selama lima tahun. – Bersih