Kebanyakan orang kita ini pemikirannya binari. 1 atau 0. Black
or white.
Kalau kita tak setuju dengan dia, terus dicop kita geng lawannya
walhal,
ada benda lawannya kita sanggah jua.
TBH, saya tak pernah percaya dengan kesaksamaan mutlak. Dalam
konteks negara yang luas jurang ekonomi antara kaum, saya percaya dasar
afirmatif itu masih perlu.
Tetapi kena improve banyak. Tak boleh hanya untungkan golongan
kayangan. Penekanan perlu dibuat pada golongan marhein. Makanya, kalau ada geng
extra liberal nak buang dasar afirmatif, akan saya bangkang.
Ini posting saya dulu mengenai kesaksamaan. Geng PH jangan kata
pulak saya tali barut UMNO.
Kita beri pandangan berdasarkan isu. Mana baik sokong, mana salah kita bantah. Simple.
stSedronop c1to240631r6tc76gu82ahih554ai8e0b07h4m9a441 iO21m ·
PANDORA DAN
BUMIPUTERA
*Posting
panjang di hadapan.*
1. Minggu ni
kita dikejutkan dengan cerita Pandora Papers. Terkezut kita dengan pendedahan,
RM1.8 trillion harta “orang kita” disimpan di luar negara. Akaun segala macam,
dari bank di Singapura sampailah ke Cayman Island. Just to give a perspective,
hutang Malaysia dah RM1 trillion. Harta orang kita di bank luar, lebih banyak
dari hutang negara.
2. Ramai yang
dah start being defensive. Terutamanya yang dinamakan dalam tu. PM6 pun dah
start berbunyi. Katanya dia ditipu Penasihat. Dia langsung tak tahu menahu.
Standard line dia tu. Kita pun dah naik muak. Perdana Menteri tapi
dikelilingnya Punahsihat. Mana tak negara meranap.
3. Ada juga
dinamakan dalam tu, pemimpin Kerajaan dan Pembangkang. Masing-masing bersilat
nak bersihkan nama, taknak dikaitkan. Dari Zahid Hamidi, Tengku Zhafrul, Tun
Daim. Politician PKR pun ada, namanya William Leong. It is an open secret,
politician guna akaun luar negara nak simpan dana politik. That’s a tale for
another day.
4. Ramai yang
kurang paham, pendedahan tu bukan menyatakan mereka buat salah. Legally, ia
dibenarkan. Simpan dana di luar negara tu tak salah. Unless, kita dapat
buktikan ada pengubahan wang haram. But at the rate we are going, spy kita yang
simpan berjuta2 cash dalam kondo pun lepas. Inikan pula dana di negara orang.
Sampai sudah la akan “suci’, walaupun ada antaranya yang “dicuci”.
5. Bendanya
tunjukkan kita satu. Orang kita yang kebanyakannya Melayu tak kalah dalam
berharta. Tenggokkan saja di media sosial. Banyaknya golongan Melayu yang
tayang harta benda. Yang ada link politik punya bangga beli Ducatti paling
mahal di dunia. Yang geng selebriti campak2 saja duit, hasil jual produk
timbang kati. Yang lain menganga, tanya bila la kita nak jadi macam mereka?
Jadi kita lihat, Melayu dan cinta kebendaan, berpisah tiada.
6. Dengan
segala kemewahan yang ditunjukkan, orang yang sama akan luangkan “Ketuanan
Melayu”. Hak Bumiputera diratib sekeliling negara. Melayu ini “tuan” kata
mereka. Yang lain jangan banyak bunyi. Sampaikan baru ni, syarikat logistik pun
disuruh bagi 51% syer pada Bumiputera, kalau tidak tak boleh beroperasi.
7. Yang heran,
tak disuruh pula benda yang sama dibuat pada syarikat antarabangsa. Mereka
bebas ada 100% milikan asing. Yang bukan bumi pula, diminta serahkan kerja kuat
mereka membina syarikat kepada orang lain. Bukan nya sikit, sampai buat jadi
majoriti.
8. Bayangkan
lah tuan2 usahakan kebun punya lama, dah masak ranum semua buah dalamnya,
disuruh orang lain ambil alih pula. Syer majoriti 51% diberi pada mereka.
Adakah itu adil pada kita?
9. Kalau kita
pikirkan, 51% syer siapa saja yang boleh beli? Di Malaysia ni, kalau nak jadi
shareholder dan Pengarah syarikat, adakah Mohd, Abu dan Ali yang makan tepi
jalan? Atau Rosmah, Fatimah dan Joyah yang tolong keluarga jual ikan? Nanti ada
lah yang palatao cakap mereka bukan layak pun. Ye, itu masalahnya. Polisi
dibuat bukan untungkan majoriti peribumi. Yang jadi kaya dan mendapat,
kebanyakan yang ada link politik. Jadikan mereka jatuh dalam golongan elit.
10. Belum lagi
cerita yang jadi Alibaba, duduk dalam syarikat macam Raja. Satu sen tak
dikeluarkan. Keringat dan peluh membina syarikat dia tak contribute. Yang tahu
nak mintak eluan hujung bulan. Nak pergi oversea jalan2.
11. Jangan
salah paham pula, saya tak kata semua. Ada orang kita yang genuine dan
berkaliber. Yang kerja kuat bina syarikat untuk bina negara. Yang bersaing atas
merit dan kredibiliti.
12. Tapi dalam
ekonomi kita ni punya toksik, orang politik dan kroni bermaharajalela.
Pengerusi GLC pun mereka, Presiden Persatuan sukan pun mereka, kroni mereka
pula merata-rata. Yang 51% ni pun mereka saja yang punya.
13. Di
Malaysia, it is an open secret the who’s who yang menggerakkan ekonomi
Bumiputera adalah kroni politician. Kebanyakannya bukan nya ada merit pun,
cakap pun ke laut. Yang mereka pandai ialah makan atas angin. Janji dapat
kemewahan yang mereka ingini.
14.
Sepatutnya, dasar afirmatif kita bukan saja kena adil tapi kena saksama. Kata
omputih “just and equitable”. Susah nak tulis, makanya orang lain dah lukis.
Saya sertakan gambar di bawah. Di Malaysia susah nak pakai prinsip di gambar
satu, sebab dinamik kaum dan upaya kita yang berbeza. Itu sebab saya tak setuju
dengan ekualiti mutlak.
15. Gambar dua
pula, yang dipakai sekarang, dok diberi kotak untuk berdiri. Tapi yang duduk
atas kotak tu orang yang sama entah berapa generasi. Sampai ke sudah tak
tinggi2. Syok duduk atas kotak, semua diberi.
16. Gambar
ketiga patut jadi pedoman. Yang perlu kita buat ialah hilangkan “sekatan”, bagi
semua dapat peluang sama rata. Sekatan ni macam akses kepada pendidikan dan
latihan, akses kepada modal dan kapital atau daya ketahanan dalam perniagaan.
Ini perlu diperkuatkan.
17. Namun,
kalau masih lagi yang mendapat: takde merit dan akauntabiliti, tambah pula
jenis rakus penuh korupsi, memang buat la lagu mana pun. Kouta Bumi ka, bagi
cash ka, kita akan masih di takuk sama. Sampai kiamat la kita dok ulang konon
kita ni “tuan”, tanpa ada pengisian.
18. Ibnu Khaldun
kata, negara akan mula punah bila masyarakatnya suka kemewahan atau luxury.
Melayu ni bukan tak pandai, Melayu ni bukan tak rajin. Masalah orang kita ialah
“bertuankan harta, beraja di hati”. Yang kurang upaya dilindungi. Sebabnya
mereka berduit dan ada “link”.
19. Saya harap
masyarakat kita jangan lagi buta. Pandora box sudah dibuka. Laungan “Ketuanan
Melayu” hanya untuk golongan tuan dan bangsawan. Bukan untuk kita, yang
sama-sama cari makan.
20.
Sesungguhnya, kita tak patut tentang usaha nak martabatkan ekonomi Melayu dan
Bumiputera. Lebih afdal bersekali dengan mana-mana kaum minoriti yang kurang
upaya.
21. Dari
perspektif ekonomi, kurangkan jurang pendapatan antara kaum itu sangat penting.
Ia usaha yang noble. Tanya la pakar ekonomi mana. Melayu, Cina atau India.
Semua akan beri jawapan sama.
22. Yang kita
tentang ialah polisi yang memenangkan golongan elit semata-mata. Atau mana2
polisi yang tak adil pada rakan senegara. Paling teruk ialah yang galakkan
korupsi dan salah guna kuasa.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki