Jangan takut BN - PN, dari 26 parlimen di Johor mereka hanya ada 8 kerusi - Hassan Karim




 Rakyat Johor perlu bangkit semula sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu bagi menyelamatkan negara.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kemenangan Pakatan Harapan (PH) ke atas kerusi parlimen di Johor perlu dikekalkan bagi mengembalikan pemerintaha di Putrajaya.


"Kenapa dalam PRU akan datang ini kita mesti kalahkan BN, mesti kalahkan PN?


"Jawapannya kita hendak selamatkan Malaysia. Kenapa nak selamatkan Malsysia kerana kerajaan Ismail Sabri sekarang, kerajaan Mahiaddin Yassin merupakan kerajaan yang gagal. Kita mesti tolak kerajaan yang gagal


"Apa buki gagal? Rasuah. Apa bukinya? Bekas PM sekarang ada di Penjara Kajang, presiden Umno menunggu masa.


"Banyak lagi sebab mengapa kita perlu ambil balik kuasa. Kita mesti menang di Johor seperti PRU 14 supaya kita dapat Putrajaya kembali," katanya dalam ceramah Ayuh Malaysia di Larkin, malam tadi.


Menurut Hassan lagi, rakyat Johor jangan terlalu terpesona dengan prestasi BN dalam Pilihan Raya Negeri awal tahun ini kerana pada hakikatnya BN tidak berjaya menambah undi di Johor.


Beliau juga mahu rakyat merebut kerusi PH yang dibawa lari oleh Bersatu di Johor dalam PRU 15.


"Jangan takut pada BN - PN. Mereka tidak kuat. Kita boleh kalahkan mereka. Dari Perlis sampai ke Johor semua ibu negeri PH menang.


"Di Sabah Sarawak pun begitu. BN - PN boleh kita kalahkan dari 26 parlimen di Johor, PRU lalu BN hanya dapat 8. 18 yang lain PH. Kita boleh ulang semula," katanya lagi.