Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 13/09/22
( 1 - 29 )
1.
Yang bergema di Dewan Merdeka WTC baru - baru ini
ialah
'HIDUP
NAJIB'
'MALU APA
BOSS
KU'
'BEBAS KAN
NAJIB'
perhimpunan
ini diadakan ekoran keputusan Mahkamah
Persekutuan yang terdiri dari 5 Hakim
bersetuju dengan pendapat Mahkamah Rayuan yang
terdiri dari 3 Hakim dan Mahkamah Tinggi terdiri dari
seorang Hakim yang mendapati Najib telah
melakukan rompakan RM42 juta
2.
Bagi menguatkan lagi hujah , 2 peguam , Shafee
Abdullah dan Zaid Ibrahim turut berucap selain
dari beberapa ahli keluarga dan seorang Ahli Parlimen
3. Najib
didapati bersalah dengan hukuman 12 tahun penjara dan
denda RM210 juta
4.
Sementara mendapat jawapan rayuan pengampunan
dari Agong dan 'review' , Najib dikatakan berada
di Penjara Kajang sebagai salah seorang banduan
5. Walaupun
Pengarah Penjara telah menafikan bahawa Najib di
beri 'LAYANAN ISTEMEWA' namum ramai
yang maseh mempersoalkan kenyataan atau
penafian tersebut
6. Mahkamah
juga mendapati Rosmah Mansor , isteri Najib bersalah ,
dan menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta
7.
Selepas Rosmah , giliran Bung Mokhtar Radin dan isteri
kedua beliau , diikuti Azeez Rahim atau Azeez
Keling dan Zahid Hamidi yang menghadapi 87 pertuduhan
8.
Tidak mustahil ramai lagi pemimpin - pemimpin
UMNO akan diheret ke Mahkamah
9. Yang
menjadi PERSOALAN apakah ini perjuangan
UMNO kini berbanding dengan UMNO dimasa
dahulu dimana mereka berkumpul demi menjaga Hak
Melayu BUKAN diperalatkan untuk kepentingan
Najib , Presiden UMNO dan yang lain
10.
Sebenarnya UMNO sudah rosak di sebabkan :
CASH
IS KING
11.
Sebahagian besar ahli UMNO telah 'di beli' oleh
Najib samada secara terus ( direct ) mahupun melalui
'balaci' beliau yang akhirnya berjaya menjadikan UMNO itu hak
peribadi beliau
12. Walaupun
sebahagian besar orang Melayu 'lapar' namun
majoriti mereka MENOLAK UMNO pada Pilihanraya
Umum ke 14 yang diadakan pada hari Rabu 9hb Mei 2018
13. Tun Dr.
Mahathir sudah pun membuat ramalan 30 tahun dahulu bahawa pada
tahun 2020 atau mungkin awal lagi , orang Melayu akan
menolak UMNO kerana amalan rasuah , dan
pentingkan diri dan keluarga
14. Tun Ghafar
Baba ( Al Fatehah ) juga pernah menyuarakan
kebimbangan yang sama terhadap apa yang akan
menimpa UMNO
15. Hairan
bagaimana Tok Guru Nik Aziz ( TGNA ) ( Al Fatehah )
menyebut 2 nama , Najib dan Zahid dalam doa beliau
16. Dalam
suasana dimana Najib dan yang lain sedang dan mungkin di
penjarakan juga , kita tidak boleh lupa peranan 5
orang wanita :
i.
Rosmah Mansor - gila jawatan dan rasuah
ii. Clare
Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang
beroperasi dari London - orang pertama yang
membongkar penipuan 1MDB
iii.
Loretta Lynch - Peguam Negara Amerika
Syarikat yang telah berjaya menggumpul dan
memulangkan USD 1.2 Billion kepada Kerajaan Malaysia
iv. Mary Ann
Jolley - pemberita Al Jazerra - walaupun pernah
diusir keluar negara oleh Najib namun akhirnya
berjaya menemubual Najib sehingga hilang 'control' ,
dan lari
v. Tun Tengku
Maimun Tuan Mat , Ketua Hakim Negara bersama 2 Hakim wanita dan 2 Hakim
Lelaki menjatuhkan Hukuman muktamad dan
mempenjarakan Najib
17. Najib ,
Rosmah dan yang lain BERNASIB BAIK
kerana 'crime' yang dilakukan mereka
adalah dinegara ini ; jika di Saudi Arabia atau
Negara - Negara Islam di Timur Tengah ,
samada dipotong tangan atau leher mereka di pancung
; di Negara Komunis China , hukuman pesalah ialah
tembak mati
18.
Watak Najib dan Rosmah sama seperti pasangan
suami isteri Bonnie and Clyde yang akirnya terpaksa ditembak
mati oleh sepasukan polis Amerika Syarikat
19. Sudah
mula kedengaran :
'JIKA TIDAK
MEROMPAK , MENCURI DAN RASUAH , BUKAN UMNO
NAMA NYA'
20. Idris
Ahmad , Naib Presiden PAS yang kini BERSEKONGKOL dengan
UMNO dalam Kabinet pernah menuduh :
'UMNO ,
SIANG BELA MELAYU ,
MALAM JUAL MELAYU'
21.
Kedua - dua kenyataan itu tidak mustahil ada kebenaran nya
22.
UMNO maseh di tokok lama ; TIDAK PERCAYA jika
dikatakan UMNO akan gagal sekali lagi , dan akan
MELENTING jika di tuduh Parti ini sudah rosak
akibat di selubungi RASUAH
23.
UMNO akan cakap dan lakukan apa
sahaja tanpa berfikir panjang termasuk yang
terbaru anak Najib sanggup MENYAMAKAN
beliau dengan Nabi Allah Yusof dan Nelson Mandela
24. Nabi
Yusuf digoda oleh isteri pembesar Mesir bernama Aziz
sedangkan Nelson Mandela adalah PEJUANG Kulit Hitam di Afrika
Selatan yang menentang Dasar Kulit Puteh - Aperthaid
25. Nabi
Yusuf dan Nelson Mandela di penjarakan BUKAN kerana
mencuri harta rakyat seperti Najib dan Rosmah tetapi
atas dasar BERJUANG UNTUK RAKYAT
26. Sebelum
terlupa , suami pertama Rosmah juga bernama
Aziz seperti nama suami Zulaika
26..
ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH MENGHARAPKAN
UMNO MEMBELA NASIB MEREKA ; UMNO
HANYA PANDAI BERPURA - PURA MENJELANG PILAHANRAYA
27.
UMNO yang banyak berjasa kepada saya dan
keluarga kini umpama bas usang dimana hampir kesemua
alat ganti rosak ; tambah pula ia di pandu oleh Wak Jawa yang
mungkin terlebih minum air ketum
LAIN PADANG
LAIN BELALANG
LAIN DULU
LAIN SEKARANG
28. Dalam
keadaan begini di bimbangkan susah untuk sampai ke
destinasi , dan amat merbahayakan penumpang
29. Dari
segi keselamatan ada lah lebih baik kesemua
penumpang didalam nya turun dan menunggu
keanderaan dan pemandu yang lebih baik
untuk sampai ke destinasi dengan lebih selamat
Wassalam
Terima Kasih