MENGAPAKAH PH PERLU MELAKUKAN KEMPEN KERAJAAN MELAYU SEBAGAI KERAJAAN GAGAL.

 



Tommy Thomas mencadangkan pembangkang gunakan isu kerajaan Melayu sebagai gagal untuk kempen PRU15. Baca di sini https://bit.ly/3eXnkyC.


Sebagai seorang yang membenci perkauman, aku sebenarnya terkejut dengan kenyataan Tommy ini. Sekali imbas, kenyataannya memang rasis.


Tetapi jika dinilai semula, itu sebenarnya adalah jawapan kepada sentimen yang dimainkan oleh mereka yang jadi kerajaan pada hari ini.


Jangan lupa, Melayu dan Islam terancam menjadi tema mereka dan sebab untuk mereka melakukan pengkhianatan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat dahulu.


Mereka gunakan sentimen itu untuk menghalalkan apa yang jelas haram. Jadi hari ini, bukanlah satu dosa kalau kita persoal mereka atas sentimen yang sama.


Setelah lebih dua tahun Melayu Islam merampas kerajaan, terbelakah Melayu dan Islam di negara ini? Adakah kini orang Melayu tidak lagi terancam?


Aku rasa jawapannya ada pada semua. Kita sendiri tahu betapa hidup semakin menderita pada hari ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil kesan salah tadbir yang nyata.


Jelas sentimen Islam dan Melayu terancam yang mereka gunakan ketika khianat dahulu bukanlah perjuangan luhur dari mereka. Kerana hari ini, yang susah majoritinya Melayu juga.


Raduan Che Ros juga tak perlu melenting. Lupakah dia PM sekarang pernah mainkan isu perkauman dahulu. Sampai bina Mara Digital Mall konon untuk bela nasib peniaga Melayu.


Sekarang Isnail dah jadi PM. Apa cerita dengan mall tersebut? Buat sekadar melepaskan batuk di tangga. Bila Melayu dah terpedaya, dia pun terus buat-buat lupa.


Perkauman telah lama jadi modal politik busuk PAS dan UMNO. Tak pernah pula kita dengar MPN beri amaran mahupun nasihat UMNO, PAS dan PPBM.


Jadi mempersoalkan kejayaan kerajaan didominasi Melayu Islam ini bukanlah satu permainan isu kaum sebaliknya sebagai penjentik minda supaya orang Melayu bangkit dari lena.


Mereka yang mengetuai kerajaan hari ini adalah mereka yang dahulunya sibuk berbicara soal orang Melayu. Tapi selepas kuasa mereka perolehi, tiada apa mereka buat untuk Melayu.


Sampai mereka sanggup nak buat PRU masa banjir sedangkan orang Melayu yang pada kebiasaannya paling terus terjejas bila tiba musim banjir.


Membela Melayu dan Islam hanyalah retorik politik mereka demi mendapatkan kuasa. Dapat kuasa, mereka sakau semua. Mereka bukan pejuang tapi pendusta.


Untuk PRU15, usah terpesona dengan permainan rasis seperti ini lagi. Pilih pemimpin biarlah yang punyai intergriti dan berdasarkan kredibiliti. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.