KENYATAAN MEDIA
Saya mengadakan sesi rundingan bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Sabah hari ini bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Kesemua Ketua Cabang di Sabah sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Ketua Cabang Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah bagi penggal 2022-2025.
Datuk Dr Sangkar akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden KEADILAN, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew.
Semoga gandingan mantap ini dapat memastikan KEADILAN Sabah lebih utuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)
ANWAR IBRAHIM
6 Ogos 2022