PBM melutut BN dan Bersatu ugut Ismail Sabri?

 


NORMAN RADZUAN




PBM melutut BN dan Bersatu ugut Ismail Sabri?

MUHYIDDIN SEBENARNYA ‘MENYESAL’

Dahulu mereka (PN & BN) menipu org Melayu wujudnya kerajaan PN demi utk kestabilan politik dan kepentingan org Melayu. Hari ini UMNO, Bersatu, PAS dan Pejuang bergaduh sesama sendiri. Semuanya kerana kuasa.

Hari ini Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful menyifatkan tindakan Parti Bangsa Malaysia (PBM) memohon menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai memalukan. Nak bagitahu Wan, takkan Kak Zu nak sertai Bersatu yg bergantung pada PAS dan takkan Kak Zu nak sertai PH… org korup mesti cari org korup.

Tanya saya…Zahid Hamidi tidak akn menerima PBM kerana ia hanya menjadi liabiliti kpd BN. Pastinya BN tahu PH akn menyerang mereka kerana menerima pengkhianat amanah rakyat ke dlm parti mereka.

‘Bye Bye Anwar, Bye Bye Kak Wan’ sudah kembali menghantui Zuraida. Zuraida, Azmin dan Muhyiddin akn dikenang dlm lipatan sejarah negara sebagai pengkhianat pengundi rakyat hingga menjatuhkan sebuah kerajaan yg sah. 50 tahun lagi boleh la buat filem utk pengkhianat ini.

Bersatu pula ugut Ismail Sabri utk tarik sokongan jika tidak melantik wakil Bersatu sebagai TPM. Pandangan saya ia hanya sekadar ugutan. Muhyiddin memang terkenal suka mengugut sepertimana dia pernah ugut utk bubarkan DUN Johor. Bila BN bubarkan dia melatahDescription: 😀.

Mana mungkin Bersatu mahu menjatuhkan kerajaan yg ada kerana nasib mereka selepas ini akn menjadi seperti S46. Saya yakin PAS akn menggunakan logo sendiri utk sekali lagi mereka menjadi King Maker. Jadi adalah perkara bodoh jika Bersatu tarik sokongan kerana ia umpama bunuh diri.

Percayalah Muhyiddin, Azmin dan Zuraida akn menerima karma atas apa yg telah mereka lakukan. PH dan UMNO menolak mereka dan PAS akn meninggalkan mereka. Muhyiddin sebenarnya menyesal…