Mengejutkan! Watak utama dalam skandal RM 9.1286 bilion
pembelian kapal perang adalah watak yang sama dalam skandal kapal selam
Scorpene & Agosta yang melibatkan Najib Razak.
Syarikat DCNS dari Perancis (kini bertukar nama menjadi Naval
Group) merupakan syarikat pembekal yang terlibat dalam skandal rasuah perolehan
dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah kapal selam Agosta bernilai RM5.1
bilion pada tahun 2002 ketika Najib Razak merupakan Menteri Pertahanan.
Justeru, amat menghairankan kenapa projek LCS yang dimulakan
pada tahun 2010 masih lagi menggunakan syarikat pembekal yang sudah terpalit
dalam skandal rasuah berskala antarabangsa tersebut.
Lanjut bit.ly/3QfoIdu