RAFIZI MENANG KES

 

Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa saya menang dalam kes saman yang dibawa NFC terhadap saya yang dibawa oleh NFC (syarikat milik keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil, bekas Ketua Wanita Umno).

Saya mula mendedahkan skandal NFC dalam tahun 2011. Ada tiga kes yang dibawa terhadap saya - dua kes saman, masing-masing oleh Tan Sri Sharizat Jalil (ditarik balik) dan NFC (menang); dan satu kes jenayah (pertuduhan di bawah BAFIA) yang akhirnya saya menang juga.
Saya ucapkan terima kasih kepada peguam-peguam saya dan orang ramai yang bersama selama 11 tahun ini.
Saya akan menulis dengan lebih panjang dalam 1-2 hari ini (ha3 saya masih bekerja macam orang biasa di pejabat, jadi tak boleh tuang di pejabat!)
Cuma saya nak sahkan bahawa semua jumlah yang mahkamah putuskan perlu dibayar oleh NFC kepada saya (kerana kalah dalam saman ini) akan dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk biasiswa dan bantuan perniagaan kecil.
May be an image of 1 person and text that says "Rafizi Ramli @rafiziramli Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan saya menang kes saman yg dibawa NFC terhadap saya. Siri kes NFC bermula tahun 2011 & berlarutan hingga 2022. Ada 3 kes terhadap saya, saya menang semuanya. Wang saman akan dipulangkan kpd org amai dlm bentuk biasiswa & bantuan kecil. Translate Tweet 12:28 PM Apr 21, 2022. Twitter Web App"