NFCorp, pengerusi kalah rayuan berhubung saman fitnah terhadap Rafizi

 


NFCorp dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail (kiri), menyaman
 bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana membuat kenyataan
 berunsur fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan National Feedlot Corporation (NFCorp) dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail, terhadap penolakan saman fitnah mereka terhadap bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed berkata, Rafizi, yang juga naib presiden PKR, berjaya membangkitkan pembelaan komen berpatutan untuk mengalahkan saman itu.

“Beliau berhak untuk membuat kenyataan secara bebas dalam perkara berkait kepentingan awam,” kata Azahar, yang menyampaikan penghakiman sebulat suara hari ini.

Panel hakim yang bersidang turut dianggotai Zaleha Yusof dan Zabariah Mohd YusAzahar berkata, Rafizi juga menyatakan pendapat jujur tentang NFC dan Salleh berdasarkan dokumen bank yang tidak dipertikai.

“Juga tiada niat jahat di pihak responden (Rafizi) dan beliau berhak membuat komen berpatutan,” katanya selain menambah bahawa Rafizi tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Rafizi, yang diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh, turut dianugerahkan kos RM70,000.

NFCorp dan Salleh diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah.

No comments: