1. Bulan pertama saya berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara,
saya diarahkan untuk menghadiri kursus Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Bagi yang
tak tahu, TPR ni peguam Kerajaan yang kendalikan kes jenayah. Peguam swasta
tidak buat pendakwaan kes jenayah. Macam kes Bella tu, TPR la yang wakili
Bella. Bukan peguam TMJ ya. Side note sikit.
2. Balik kepada cerita saya tadi. Dalam kursus ini, saya ingat
lagi, seorang senior TPR bagi ceramah. Dah jadi YA Hakim Mahkamah Tinggi dah
senior ni. Dia cakap kerja TPR adalah membantu mahkamah menegakkan keadilan.
Bukan tugas TPR nak menang kes semata2. Contohnya, bila tengah bicara, ada
bukti nyata OKT tak bersalah dan dianiaya, menjadi tanggungjawab TPR untuk
tarik balik kes.
3. Sama juga ketika menilai kes untuk didakwa. Sekiranya ada
yang menunjukkan saksi2 mengadakan cerita atau polis tanam bukti untuk kenakan
OKT, kes itu tidak harus diteruskan.
4. Menegakkan keadilan tu bukan hanya untuk menang kes, kata
dia. Tapi perlu dipastikan adil pada semua, bukan hanya kepada mangsa. Adil
juga pada pihak yang kena tuduh. Itu prinsip pendakwaan yang diguna.
5. Melanggar etika sekiranya nak menang kes sampai kita mengajar
saksi apa yang perlu dikata atau mengada2kan bukti. Itu semua a big no-no. Kami
diajar maxim latin “Fiat justitia ruat caelum”. Maksudnya “Let the justice be
done, though the heavens fall”.
6. Masa di Universiti, graduan undang2 didedahkan dengan kelas
Ethics atau Etika Kepengguaman. Kita diajar, sekiranya anak guam mengaku salah
atas suatu kesalahan jenayah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
menasihatkan dia mengaku salah di Mahkamah.
7. Contoh, kalau datang seorang anak guam mengaku dia merogol
dan meliwat kanak2, menjadi tanggungjawab Peguambela memastikan dia mengaku
salah dan membantu beliau dalam prosiding untuk mendapat hukuman setimpal atau
diringankan. Bayangkan kalau penjenayah ini terlepas masuk balik dalam
masyarakat?
8. Masalahnya sekarang, ada peguam dapat anak guam sebegini dan
sudah TAHU beliau memang bersalah, masih lagi nak dibela dan kacau ganggu kes
pendakwaaan dengan isu2 teknikal. Supaya anak guam dilepaskan. Ini lah peguam
jenis hauk dan tak boleh pakai.
9. Namun peguam jenis Ini lah kesukaan ramai penjenayah.
Kehebatan peguam jenayah sekarang adalah berdasarkan keupayaannya melepaskan
klien yang sememangnya bersalah. Alasan mereka, “my client is innocent unless
the Court says otherwise”. Etika dalam buat kerja dah jadi kabur dengan prinsip
sebegini.
10. Jadi tuan puan nampak tak? Jadi peguam ni banyak jenisnya.
Bukan semuanya sama.
11. Makanya, saya tak berapa setuju kalau dikatakan semua peguam
itu satu kaki dah masuk neraka. Ada jenis peguam yang mendakwa orang jahat dan
lindungi masyarakat dari jenayah.
11. Ada jenis peguam yang membela mereka yang teraniya dan
perlukan pembelaan. Namun seperti banyak profesion lain, ada segelintir yang
haprak juga. Tidak adil dirangkum semuanya sama.
12. Kerja Ustaz sekalipun, kalau jenis makan duit anak yatim dan
sejenis haruan makan anak, ke neraka nirrajim jugak tempatnya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki