Oleh AMIR SABRI / February 2, 2022
Sudah tentulah Datuk
Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaku Ketua Pembangkang mempersoalkan mengapa
pinjaman yang diberi itu tanpa sebarang jaminan atau cagaran!
Sewenang-wenangnya
RM2.51 bilion diberi pinjam, itu duit pelabur dan pelaburnya adalah pemegang
amanah rakyat (KWSP, KWAP, KHAZANAH).
Apakah Menteri Kewangan,
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz masih nak putar belit atau tidak
faham soalan berbangkit?
Tiada masalah jika
pinjaman diberi kepada mana-mana pihak yang berpotensi memberi keuntungan
asalkan ada cagaran as security reason.
Kini, DSAI dituduh oleh
Zafrul kononnya tidak menghalang pinjaman kepada syarikat judi? Cuba Zafrul
senaraikan secara fakta, syarikat judi mana pada zaman DSAI jadi Menteri
Kewangan diberi pinjaman tanpa cagaran mahupun bercagar?
Siapa Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Maybank dan CEO CIMB dahulu yang bersekongkol bagi pinjam
berbilion ringgit pada syarikat judi Hong Kong itu? DSAI atau Zafrul?