Selangor akan mempercepatkan
langkah pemulihan ekonomi pasca banjir dan Covid 19.
Hal itu ditegaskan oleh Menteri
Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Katanya, pemulihan ekonomi
perlu dilakukan bagi memastikan negeri itu terus berada di landasan pembangunan
yang kukuh.
"Tahun ini kerajaan akan
mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca banjir dan pandemik demi memacu
pembangunan untuk memastikan negeri terus mengukuhkan sebagai pusat pertumbuhan
utama ekonomi yang mampan di Malaysia dan rantau Asia.
"Saya mengambil kesempatan
untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan perayaan
ini sama ada di Malaysia dan Selangor," katanya
Beliau berkata demikian
menerusi program Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat Selangor yang
berlangsung secara maya di Facebook Mandarin Datuk Menteri Besar Datuk Seri
Amirudin Shari @ami.mbselangor, malam tadi.
Program tersebut menampilkan 10
persembahan daripada 55 artis tempatan dan ucapan ringkas Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri.