SUDAH ADA ISMAIL SABRI, NAJIB SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI

Menjelang PRN Johor tidak lama lagi dan mungkin disusuli PRU15 selepas itu, pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan siapakah calon Perdana Menteri yang akan ditonjolkan UMNO?

Beliau juga menimbulkan persoalan apakah Najib Razak yang dilihat cuba bangkit meraih sokongan rakyat di sebalik sabitan bersalah terhadapnya berkaitan kes rasuah SRC International masih belum terlepas, akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi?

“Jadi siapa akan jadi calon Perdana Menteri UMNO selepas PRU15?

“Adakah Ismail Sabri Yaakob atau adakah MCA dan MIC akan menyokong Najib sebagai calon Perdana Menteri?” soal beliau.

MIC, parti komponen BN sebelum ini ada menimbulkan persoalan tentang siapa yang akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.

Lim Kit Siang turut mengaitkan persamaan Najib dengan Donald Trump, bekas Presiden Amerika Syarikat yang juga secara terbuka mahu kembali semula ke White House.

Sebuah organisasi yang dikaitkan dengan kempen politiknya setakat minggu lalu dilaporkan berjaya mengutip dana sebanyak AS$122 juta bagi tujuan tersebut.

Kutipan sebanyak itu adalah dianggap amat besar, lebih-lebih lagi bagi seorang bekas Presiden yang ingin merebut semula jawatannya setelah kecundang pada pemilihan sebelum ini.

Tetapi, dalam konteks Najib, adakah beliau masih relevan untuk kembali semula sebagai Perdana Menteri?

Mesipun disedari penyokong Najib tetap ghairah untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menerajui negara, realitinya kedudukan beliau jauh berbeza dengan Trump.

Trump mungkin disokong untuk bangkit semula kerana Presiden Amerika Syarikat, Jo Biden sudah berusia 79 tahun, manakala Trump lebih muda sedikit daripadanya iaitu 75 tahun.

Ditambah pula Trump dan Biden datang daripada parti yang berbeza, persaingan semula mereka tentu saja masih boleh diterima seadanya.

Namun, ia berbeza dengan negara kita kerana Najib dan Perdana Menteri sekarang iaitu Ismail Sabri sama-sama datang daripada UMNO.

Dengan Ismail Sabri baru berusia 62 tahun, sementara Najib sudah berumur 69 tahun, keinginan beliau untuk kembali semula merebut jawatan Perdana Menteri adalah suatu langkah ke belakang yang langsung tidak relevan, malah jelas cacat.

Apabila yang tua masih ada cita-cita untuk mengisi tempat yang sudah diisi oleh orang muda, maka di manakah proses peremajaan dalam UMNO dan kepimpinan negara?

Bukankah memberi peluang dan laluan kepada orang muda selalu dilaungkan oleh sesiapa saja?

Dalam hal ini, apa yang patut dan sesuai Najib lakukan ialah membantu UMNO dan BN memenangi PRU15 dengan sepenuh jiwa dan kekuatan yang ada padanya.

Merebut jawatan Perdana Menteri tidak lagi sesuai dan relevan buatnya, malah jika itu yang berlaku, generasi muda pasti akan menjauhi dan tidak berminat lagi dengan UMNO.

Waima jika sekiranya Najib nanti berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan yang belum ditentukan tarikhnya sekali pun, beliau tetap tidak relevan lagi untuk mengejar jawatan Perdana Menteri.

Apabila jawatan Perdana Menteri sudah berjaya dipegang oleh pemimpin UMNO sendiri yang lebih muda, pemimpin tua yang sudah pernah menjadi Perdana Menteri seharusnya sudah boleh bersara dengan selesa.

Malah dengan kepimpinan Najib yang menjadikan UMNO dan BN hilang kuasa di tangannya pada PRU 2018 lalu, meletakkannya kembali bukanlah keputusan yang bijaksana.

Pasti akan timbul fobia tertentu semasa eranya berkuasa dahulu yang akhirnya ia akan menimbulkan lebih banyak masalah dan ketakutan daripada cerahnya harapan mencapai kemenangan.

Oleh kerana PRU15 mungkin akan diadakan tidak berapa lama selepas PRN Johor, manakala tarikh rayuannya di Mahkamah Persekutuan belum ada tarikhnya lagi, bersama kebangkitan UMNO yang nampaknya kian ketara ketara ketika ini, langkah terpuji yang seharusnya Najib lakukan ialah segera mengumumkan secara rasmi beliau tidak mahu kembali lagi.

Ini pasti lebih membantu UMNO daripada beliau terus membisu dan tidak berkata apa-apa. –

 ShahbudinHusin 02/02/20222