Oleh MALAYSIA DATELINE / February
2, 2022
Penternak ayam daging
mendakwa tindakan kerajaan yang kononya mahu import ayam daripada luar negara
menjadi punca bekalan ayam dalam negara hampir tiada.
“Member bagi tahu, di
pasar. Tak ada orang meniaga ayam. Sebabnya, bekalan ayam “TAK ADA”.
“Yes, inilah puncanya
bila dua bulan lepas kerajaan “ugut” nak import ayam dari luar 200 kontena,”
kata Mohd Firdaus Mat Saad yang menjalankan sistem reban tertutup.
Beliau berkata, apabila kerajaan
seolah-olah ‘ugut’ seperti ini penternak ayam telah “mengurangkan” kemasukan
ayam kerana tidak mahu berlaku lambakan ayam di pasaran yang akan menyebabkan
penurunan harga ayam di bawah harga kos.
“Kami penternak ayam sekarang pun tak senang juga. Keadaan
sekarang menyebabkan kami juga ditekan oleh pihak integrator dengan kenaikan
harga dedak dan ayam yang tidak seimbang.
“Jemmm…,” luah Mohd Firdaus.
Katanya, adalah lebih baik mengurangkan kemasukkan anak ayam di
pasaran kerana ia akan merugikan peniaga.
“Buat apa meniaga kalau tak untung. Baik jangan bagi masuk anak
ayam.
“Anak ayam yang dah ready keluar tu, cuba teka apa dia orang buat? Faham-faham
sajalah. Sekarang, terimalah akibatnya,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau kecewa 200 kontena
yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba tambahan pula harga ayam diluar negara
mahal jika dikira kos transport, lagi mahal dari ayam tempatan.
“So, cancel.
“Sekarang ayam pun tak ada. Siapa yang
susah? Rakyat juga.
“Tapi nak buat macam mana. Inilah
perancangan menteri-menteri kita. Failed. Mereka punya keputusan. Kita yang
susah.
“Dan sekarang, bermula Februari harga ayam
diturunkan lagi 20 sen. Ahaks. Kita guling-guling dulu. Dengar cerita akan ada
sedikit subsidi dibahagian dedak.
“Jadi kita tengok macam mana.,” katanya.
Beliau percaya dua bulan lagi bekalan ayam
akan terus berkurangan jika kerajaan terus silap merancang.
“Tak caya? Hampa pi tengok KFC la ni.
Banyak dah KFC yang tak cukup bekalan ayam sekarang. Psstttt.. La ni hampa nak
cari telur ada tak? Ahaks,” ujarnya lagi.
Awal Disember 2021 lalu, kerajaan akan
membawa masuk 200 kontena ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan
harga lebih murah berbanding ayam segar dari ladang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, ayam tersebut dijangka berada di pasaran tempatan awal minggu
Disember.