ABDULLAH MAT ISA
1. Tersebarlah berita UAE melabur RM93.5 billion kat Indonesia
dan berkokoklah penyokong-penyokong Najib kenapa kerajaan PH tak boleh dapatkan
pelaburan UAE.
2. Kalau nak tau, sebelah Jokowi tu Putera Mahkota Emiriyah Abu
Dhabi - Mohamed bin Zayed al-Nahyan atau ringkasnya MbZ.
[Abu Dhabi adalah salah satu dari 7 emiriyah atau kerajaan yang
membentuk United Arab Emirates (UAE) dan Emir Abu Dhabi selalunya dilantik
sebagai Presiden UAE. Presiden UAE hari ini adalah Emir Abu Dhabi Sheikh
Khalifa al Nahyan, dan sejak dia kena stroke 2014, adiknya MbZ menjalankan
tugas-tugas beliau sebagai Emir Abu Dhabi dan Presiden UAE]
3. MbZ ni lah salah seorang dalam rakaman perbualan yg si
Latipah Koya dedahkan tu.
Pada Julai 2016, Najib call MbZ minta tolong selamatkan anak
tiri dia Riza Aziz yg kena kejar kerajaan US sebab guna duit curi dari 1MDB.
4. Najib bagi cadangan supaya Sheikh Mansour al-Nahyan (adik
tiri MbZ, ketua dana
-dana pelaburan UAE, owner Manchester City FC) untuk reka satu
"fake loan" untuk Riza Aziz, seolah-olah duit yang Reza Aziz pakai
kat US tu duit loan dari UAE bukannya duit 1MDB.
5. Najib terdesak habis sampai sanggup nak terbang on the spot
ke UAE jumpa MbZ. Tapi MbZ ni bagi 1001 alasan.
Abang dia Sheikh Khalifa sakit lah, dia busy lah, suruh Najib
jumpa orang bawahan dia lah. Sampai Rosmah call Najib bagi "advice"
merangkap "arahan" suruh selamatkan anak dia
6..Lastnya tak jadi apa. Tok Arab ni buat bodoh, orang-orang
bawahan dia pun bagi alasan macam-macam tak nak jumpa Najib takut jadi kambing
hitam. Maka Riza Aziz akhirnya lari balik ke Malaysia berlindung bawah Mummy
and Daddy.
7. Jelasnya MbZ nak jaga reputasi dia dan tak nak terlibat
dengan skim penipuan Najib. Apa pasal dia pulak kena selamatkan anak tiri
penyamun?
8. Sebelum tu lagi kerajaan Abu Dhabi dah kena kencing dengan
Najib melalui isu IPIC/Aabar-1MDB dan tak memasal terlibat sama dalam skandal
1MDB. Kalau dibandingkan dengan kita, UAE awal-awal dah bertindak selepas skandal
1MDB meletup tahun 2016. Pegawai-pegawai dana UAE yang terlibat dengan skandal
1MDB semua kena tangkap dan penjara (Isu IPIC/Aabar-1MDB ni kau boleh bacalah
kat tempat lain.).
9. So jangan hairan kenapa UAE takut nak melabur kat Malaysia.
Pada diorang, lepas jadinya skandal 1MDB, kerajaan Malaysia ni kaki kencing,
menyusahkan dan tak professional.
10. Lepas Malaysia tukar kerajaan baru, hubungan UAE-Malaysia
baru nak mula balik.
Tahun lepas Menteri-menteri UAE-Malaysia dah mulakan balik
Jawatankuasa Pelaburan UAE-Malaysia yang mati sejak 2017. Hatta MbZ datang
sendiri ke Kuala Lumpur untuk pertabalan YDP Agong masa bulan Julai 2019. Agong
balas balik melawat MbZ kat UAE bulan Disember 2019.
Itulah ceritanya. Bekerjalah untuk negara bukannya mengkelepet
duit rakyat.