73832 tFeb8rouar2y aatu r144681:ic548 · Rawang ·
08022022: TANAH REZAB MELAYU. Siapa habiskan?
73832 tFeb8rouar2y aatu r144681:ic548 · Rawang ·
08022022: TANAH REZAB MELAYU. Siapa habiskan?
Semasa di Tahun 4, Kursus Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah,
UTM, tahun 1976 dulu pernah buat kajian rancangan pelan struktur Bandar Kluang.
Ketika itu Pekan Kluang ni masih lagi boleh dikira sebagai pekan koboi; ada
sebuah base askar & seluruh lalulintasnya akan berhenti apabila keretapi
meretasi di tengah2 bandar setiap hari kira-kira sama waktu dengan pekerja
pejabat berhenti utk makan tengahari. DO yg beri taklimat tu tiba-tiba sebak
bila menceritakan tentang menyentuh tentang Tanah Rezab Melayu di pekan itu.
Katanya, disyaki kerana usahanya dlm mewartakan TRM Itulah maka Pegawai Daerah
di zaman dharurat komunis dulu, itu telah dibunuh oleh mereka yg tidak
berpuashati. Begitulah pengorbanan pegawai2 Melayu di zaman dahulu - sehingga
maut dengan dahsyat menjemput mereka dlm perjuangan kerana bangsa & masa depan
bangsanya.
Banyak lagi
kes-kes pengorbanan individu kerana bangsa ini: Kita kenang pengorban
Allahyarham Maarof yg mengasas satu-satunya bank tanpa riba Melayu - mayatnya
dijumpai tergantung dari dahan sebatang pokok. Kita ingat Allahyarham Abdul Jalil,
Timbalan Pengurus Besar, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yg mayatnya dijumpa
dalam beg besar dibuang di sebuah kebun pisang di Hong Kong …. Sekarang laungan
perjuangan itu sekadar slogan untuk diri & keluarga belaka. Pengorbanan
mereka seolah-olah sia-sia…..