Pengundi
muda sama ada Undi 18 atau Undi 21 diharap keluar beramai ramai mengundi dalam
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.
Dalam
pesanan melalui aplikasi Tik Tok, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang juga
salah satu ikon anak muda menyeru pengundi pertama kali agar menunaikan hak
mereka, juga pengundi yang bekerja di Singapura untuk segera mendaftar undi
secara pos.
"Kepada
semua pengundi yang layak mengundi dalam PRN Johor, kepada anda semua yang
layak mengundi, jangan lupa keluar dengan selamat dengan mematuhi SOP
"Kepada
mereka yang tak boleh mengundi (dalam negara), tolong daftar pengundi pos.
Kepada pengundi muda 18 tahun. Saya semasa 18 tahun tak boleh mengundi lagi.
Sekarang kamu boleh," katanya.
Dalam
pada itu, Nurul mengingatkan agar mereka memilih calon yang mampu mengangkat
suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor, terutama calon calon KEADILAN yang
sedia berkhidmat mensejahterakan rakyat.
"Jadi
pastikan kamu keluar dan undi calon KEADILAN . Undi calon yang mampu membawa
suara anda, melawan kebejatan dan salah guna kuasa.
"Lebih
lebih lagi mempertahankan institusi demokarsi daripada terus disalahgunakan
terutama bila bercakap usaha melawan rasuah," katanya lagi.