NGO Otai Reformis 1998 bersolidariti bersama Presiden Pertubuhan
Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil
yang bakal disaman oleh kerajaan Pahang kerana mengkritik dasar pembalakan di
negeri itu.
Menurut Setiausaha Otai Reformis 1998, Razak Ismail, kerajaan Pahang tidak sepatutnya menyaman aktivis alam sekitar yang berjuang memastikan hutan di negeri itu terus dipelihara dengan baik.
"Apabila aktivis alam sekitar mempersoalkan kejadian banjir 'Tsunami Darat' di Sungai Telemong, Karak 18 Disember tahun lalu tindakan Kerajaan Negeri Pahang ialah menghantar 'Notis Maaf Secara Terbuka' dan 'Ganti Rugi Fitnah RM1 juta' kepada Puan Sri Shariffa Sabrina
"Jangan terlalu mudah melakukan intimidasi dengan tuntutan undang-undang untuk mendiamkan suara aktivis alam sekitar dan rakyat
"Kerajaan Pahang jangan anggap nyawa rakyat murah. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bermakna pemeliharaan dan pemuliharaan ke atas setiap makhluk di bumi ini agar dapat terus menyedut udara dan bekalan air bersih," katanya.
Sehubungan itu, Razak menyeru kerajaan Pahang beruding dengan aktivis alam sekitar untuk memastikan penjagaan hutan yang lebih telus lagi mampan.
"Sepatutnya Kerajaan Negeri bekerjasama dengan aktivis alam sekitar bagi memastikan check and balance untuk setiap tujuan pembangunan yang lestari. Ia bagi memastikan hutan dan kawasan tadahan air terjaga bagi generasi akan datang," katanya lagi.
Otai Reformis 1998 merupakan salah satu NGO yang terlibat dalam menyerahkan memorandum ke Istana Negara baru baru ini yang memohon Yang di-Pertuan Agong menasihatkan kerajaan PM Ismail Sabri agar mengenakan moratorium 20 tahun ke atas pembalakan bagi memulihara hutan di Malaysia.