LIYANA MARZUKI
Ada sahabat tanya saya mengenai artikel ni. Katanya dah habis
disebar kepada orang kampung.
Ni namanya membodohkan rakyat dengan berita palsu. Dikatakan
Mahkamah dah bebaskan DS Najib dan BN bersetuju nak naikkan DSNR sebagai calon
PM PRU-15. Nauzubillah… Nampak sgt team media dia ni dah terdesak.
Inilah dikatakan Cash is King. Dalam media sosial persepsi
rakyat dikawal oleh mereka yang paling banyak duit. Misinformation, fitnah dan
propaganda berbayar digunakan bagi mengelirukan rakyat.
Dalam konteks propaganda dan brainwashing, satu perkara yang
tidak benar akan jadi benar sekiranya ia diulang beribu kali.
Jadi sebagai pengundi bijak berhati2 la untuk percaya mana2
berita.
Kes 1MDB masih berjalan ya. Mahkamah belum putuskan NR tidak
bersalah. Ni perkembangan terkini kes dia:
https://www.astroawani.com/.../ex1mdb-cfo-denies...
Lepas 1MDB, ada kes pecah amanah 6.6 billion Najib-Irwan Siregar
pula.
https://www.utusan.com.my/.../pengurusan-kes-pecah.../
Yang pasti kes SRC dah sampai Mahkamah Rayuan. 4 hakim bersetuju
yang Najib bersalah dan jatuh hukum 12 tahun penjara.
Harap tuan puan jangan termakan spin sebegini. Mereka semakin
desperate jua…