1. Saya merujuk kenyataan Tun Mahathir pada 4 Feb 2022. Beliau menyatakan keputusan Parti Pejuang sertai PRN Johor untuk pastikan kelompok perasuah tidak dapat kuasa.
2. Saya dipenjarakan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) semasa Tun Mahathir berkuasa sebagai PM ke 4. Saya dipenjarakan kerana membongkar dokumen rasuah menteri-menteri di bawah PM 4.
3. Mahathir yang mempunyai kuasa pada masa itu melindungi perasuah. Dan memenjarakan orang yang melawan rasuah. Itu fakta jelas.
4. Rasuah isu negara. Rasuah masalah paling besar negara ini. Bukan hari ini sahaja, malah ia bermula dari zaman Mahathir berkuasa.
5. Makanya, berjuang melawan rasuah mesti jujur dan ikhlas. Bukan jadikan rasuah modal hanya bila tak ada kuasa. Semasa berkuasa kamu lindungi perasuah. Jangan bila lawan politik kamu buat - itu rasuah. Bila kroni, keluarga kamu buat - itu bukan rasuah.
6. Cukuplah Tun!!!. Jangan mulakan putar alam kamu semula di Johor pula. Atau kami akan tempur pentaksub totok kroni-kroni kamu di PRN Johor habis-habisan nanti.
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
( Tahanan OSA 2001-2003)
6 Feb 2022, 4 Rejab 1433H