Gerai jemput-jemput Pak Mail terletak di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor. Pelbagai jenis jemput-jemput dijual disitu dan Pak Mail tetap meneruskan minatnye meniaga jemput-jemput walaupun dil4rang anak-anaknya.
Seorang warga emas yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Mail yang telah berusia 73 tahun masih gigih mencari rezeki dengan menjual jemput-jemput.
Bercerita mengenai dirinya, Pak Mail sudah kematian isterinya selama 23 tahun dan bersendirian membesarkan 12 orang anak-anaknya. “Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui, macam orang gila jaga anak” kata-kata ini keluar ketika ditanya bagaimana Pak Mail gigih membesarkan anak-anak yang masih kecil sendirian pada 23 tahun lepas.
Walaupun telah menjangkau usia 73 tahun, namun Pak Mail masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang sering dihidapi oleh golongan warga emas. Video yang menceritakan mengenai kisah Pak Mail ini telah tular di laman fesbuk yang dikongsikan oleh FS Channel.
Dia membuka gerai setiap hari tanpa cuti. Unt ung yang diperolehi hari-hari juga tidaklah banyak. Namun oleh kerana minat dan hobi perniagaan ini masih diteruskan. Gerai ini turut dibuka pada setiap hari tanpa cuti.
Pak Mail tidak mendirikan rumahtangga selepas pemergian isterinya kerana memikirkan soal anak-anak yang ramai. Besar pengorbanan seorang ayah dalam usaha membesarkan anak-anak. Walaupun tidak memperolehi keuntu ngan yang banyak namun Pak Mail rajin dan minat dalam perniagaannya.
Jemput-jemput yang sedap hanya dijual dengan harga 10 sen sebiji. Pelbagai jemput-jemput dijual antara yang unik adalah jemput isi naga, nangka, nenas dan jagung yang dicampur sekali dan anda akan rasa terdapat potongan buah-buahan didalamnya.
Selain jemput-jemput yang sedap dan digoreng panas-panas, gerai Pak Mail juga turut menjual pelbagai perisa jemput-jemput yang menjadikan gerai Pak Mail ini unik. Berniaga sambil bersedekah antara ayat yang keluar dari mulut Pak Mail.
Bertapa mulia hati warga emas ini dalam mencari keredhoaNya. Ketika Fs Channel berjunjung ke gerai Pak Mail, mereka sempat merasa sendiri keenakan jemput-jemput yang dijual oleh Pak Mail. Kelihatan setiap isi buah-buahan ada di dalam jemput-jemput yang dijual oleh Pak Mail.
Pak Mail menjual kira-kira 2000 biji jemput-jemput sehari. Pada bulan Ramadhan pula, Pak Mail masih gigih membuka gerai dan memberikan jemput-jemput percuma kepada orang ramai. Dia telah melakukan perkara tersebut selama lima Ramadhan berturut-turut.
Reaksi Pak Mail setelah mendapat hasil ju4lan pada hari itu sungguh menyentuh hati. Kelihatan Pak Mail mencium duit rezeki yang diperoleh pada hari itu dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan pada hari itu.
FS Channel juga turut membayar kesemua jualan Pak Mail pada hari itu dan orang ramai yang datang boleh mengambil jemput-jemput disitu secara percuma.
Menerusi rakaman video oleh FS Ch4nnel, rata-rata pengunjung yang membeli merupakan pelanggan tetap Pak Mail dan berpuas hati dengan jemput-jemput Pak Mail yang sedap.
Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan amalan berniaga sambil bersedekah dan berkongsi rezeki bersama-sama.