Demam selepas kena dos penggalak? Ini tiga analogi doktor



Oleh DR IMELDA BALCHIN / February 1, 2022

Syabas sudah terima dos penggalak. Sekarang sudah baik, kesan sampingan hanya sedikit dan sementara saja, kan?

Saya sudah berumur 50 tahun. Selepas saya terima suntikan dos penggalak, petang hari yang sama saya pergi berjogging 5 kilometer, cuma sakit tangan tempat kena cucuk itu sehari sahaja.

Apabila saya sibuk dan tumpukan perhatian kita kepada perkara lain, saya tidak perasan pun kesan sampingan yang ringan, sampai boleh terlupa yang hari itu kena cucuk.

Tetapi kalau kita asyik fikir banyak sangat tentang apa kesan sampingan yang kita ada, maka kita akan lebih lagi merasainya dan kita magnify side effect itu. Inilah kita namakan nocebo effect.

Nocebo effect itu maknanya jika saya bagi cadangan nanti akan dapat demam, nanti akan lenguh-lenguh, nanti akan sakit tangan, nanti akan letih mengantuk, pasti anda akan fikir-fikir untuk mencari kesan itu dan anda akan angguk-angguk kepada saya kata betullah ada kesan itu semua.

Namun, saya memilih tidak memikirkan tentang kesan sampingan dan terus buat kerja seperti biasa. Lepas itu, saya terlupa yang saya kena cucuk hari itu. Saya akan fikirkan apa kebaikan yang saya dapat.

Apa-apa pun, manfaat yang kita dapat melebihi kemudaratannya.




Dr Imelda Balchin

Saya beri satu analogi. Macam bila kita dapat gaji. Alamak! Lepas dapat gaji itu kena tolak gaji untuk bayar cukai! Bencinya! Tapi yang lebih kita simpan, ‘kan?

anganlah kata kalau dikenakan cukai terus tidak mahu kerja dan tidak mahu gaji pula, sebab selepas tolak cukai, yang baki itu kita boleh simpan untuk duit belanja.

Sama macam dos ketiga ini. Walaupun kena tahan sedikit demam, selepas itu badan kita membuat lebih antibodi yang memberi lebih manfaat.

Segala kebaikan di dunia ini bukan semua kita boleh dapat percuma, ‘kan?

Saya beri analogi kedua pula. Kalau kita nak badan sihat, kita kenalah berusaha bersenam. Orang yang kata tidak suka exercise sebab tidak suka kesan sampingan berpeluh-peluh dan letih sementara selepas exercise itu tidak akan dapatlah manfaat badan menjadi lebih sihat dan lebih kuat.

Tapi manfaat sekali buat exercise itu tidak tahan selama-lamanya. Kita mesti buat regular exercise supaya badan kita sentiasa fit untuk kesihatan jangka masa yang lebih panjang. Sebab itulah ada dos penggalak.

Akhir sekali ialah analogi ketiga. Apa-apa yang Tuhan kurniakan kepada kita tidak datang percuma. Kita mesti tempuhi ujian.

Kalau kita nak dapat anak, kita juga kena lalui proses bersalin. Allah tidak beri kita zuriat percuma saja. Semua pun kita kena berusaha juga.

Orang lelaki tidak payah bersalin tapi depa mesti dengaq kita membebel, mesti tambah lebih tanggungjawab menambah pendapatan kalau nak ramai anak.

Nak anak kena jaga anak, ‘kan? Nak cegah penyakit kena berusaha. Kesihatan pun begitu. Tidak datang secara percuma.