AFENDI ABAS
TahukahAnda!?
Satu artikel dari The Professor menceritakan semula kisah Bank
Bumiputera Malaysia Finance (BBMB) yang lingkup pada tahun 1983 setelah
meminjamkan 2.5 billion ringgit kepada Carrian Group Hong Kong atas dasar
pelaburan tanpa collateral.
Jalil Ibrahim Penolong Pengurus Besar BBMB telah dibunuh di Hong
Kong apabila beliau sedang menyiasat dan membuat audit kes pinjaman pada
Carrian Group.
Kes beliau sehingga kini tidak selesai dan kes Genting HK sama
seperti kes BBMB.
https://www.malaysianbar.org.my/.../lorrain-breaks-his...
****************
Selepas Malay National Bank (1947) terkubur, muncul sebuah lagi
bank yang berfungsi untuk membantu kaum bumiputera memiliki pinjaman dengan
mudah.
Bank itu diberi nama Bank Bumiputera Malaysia Bhd (BBMB) dan
menerima RM50 juta sebulan daripada Petronas menerusi satu perjanjian untuk
menambah dana.
Tujuan perjanjian itu dibuat adalah untuk memperkukuhkan tabung
BBMB selain menjamin kepentingan pemohon bumiputera merancakkan ekonomi tanah
air.
Dengan cadangan untuk memperkuatkan BBMB, Bumiputera Malaysia
Finance (BMF) ditubuhkan di Hong Kong kononnya untuk mendapatkan lebih banyak
wang.
Maka menerusi BMF tersebut, sejumlah wang bernilai RM2.5 bilion
telah diberikan kepada Carrian Group atas dasar pelaburan.
Carrian Group pada ketika itu menguasai pasaran hartanah di
wilayah itu dan pinjaman dibuat serta dibenarkan tanpa kolateral.
Namun bagi berbeza dengan layanan yang diterima oleh kaum
bumiputera yang ingin membuat pinjaman, banyak perkara diperlukan.
Dalam erti kata lain, kaum bumiputera yang ingin membuat
pinjaman pada ketika itu terpaksa berdepan dengan layanan pilih bulu daripada
pekerja BBMB sendiri.
Menjangkau beberapa tahun selepas itu, 1983 menjadi saksi
Carrian Group gagal meneruskan bayaran setelah diberi pinjaman bernilai RM2.5
bilion.
Sehubungan itu, Penolong Pengurus Besar BBMB, Jalil Ibrahim
ditugaskan untuk ke Hong Kong bagi menjalankan siasatan dan audit.
Pada 17 Julai 1983, Jalil memberitahu kakitangannya bahawa dia
akan pergi untuk bertemu dengan seorang ‘Datuk’.
Malangnya pada keesokan hari, Jalil ditemui meninggal dunia juga
akibat dibunuh dan dicampak dalam sebuah ladang pisang di luar Hong Kong.
Selepas berpuluh-puluh tahun, Malaysia dikejutkan dengan laporan
media Genting Hong Kong muflis dan juga meminjam sebanyak US$600 juta (RM2.5
bilion).
Media juga mendedahkan tiga bank Malaysia dinamakan sebagai
antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong.
Antaranya Maybank yang dimiliki 47% PNB, 14% KWSP dan 5% KWAP,
CIMB yang dimiliki 25% Khazanah, 15% KWSP, 10% PNB dan 15% KWSP, serta RHB yang
dimiliki 42% KWSP, 7% KWSP dan 5% KWAP.
Sudahlah beri pinjam tidak bercagar, menggunakan duit rakyat
Malaysia, adakah ini antara sebab mengapa KWSP diam sampai ke sudah enggan beri
peluang rakyat keluarkan duit sendiri?
Sejarah buktikan bukan syarikat orang bumiputera yang buat
masalah namun mengapa orang bumiputera bagai terus ditindas bank tempatan
semasa ingin membuat pinjaman? Ingat orang bumiputera ini sengkek?
Fikir-fikirkanlah!