Oleh DR IMELDA
BALCHIN / February 1, 2022
Syabas sudah terima dos
penggalak. Sekarang sudah baik, kesan sampingan hanya sedikit dan sementara
saja, kan?
Saya sudah berumur 50
tahun. Selepas saya terima suntikan dos penggalak, petang hari yang sama saya
pergi berjogging 5 kilometer, cuma sakit tangan tempat kena cucuk itu sehari
sahaja.
Apabila saya sibuk dan
tumpukan perhatian kita kepada perkara lain, saya tidak perasan pun kesan
sampingan yang ringan, sampai boleh terlupa yang hari itu kena cucuk.
Tetapi kalau kita asyik
fikir banyak sangat tentang apa kesan sampingan yang kita ada, maka kita akan
lebih lagi merasainya dan kita magnify side effect itu. Inilah
kita namakan nocebo effect.
Nocebo
effect itu maknanya jika
saya bagi cadangan nanti akan dapat demam, nanti akan lenguh-lenguh, nanti akan
sakit tangan, nanti akan letih mengantuk, pasti anda akan fikir-fikir untuk
mencari kesan itu dan anda akan angguk-angguk kepada saya kata betullah ada
kesan itu semua.
Namun, saya memilih
tidak memikirkan tentang kesan sampingan dan terus buat kerja seperti biasa.
Lepas itu, saya terlupa yang saya kena cucuk hari itu. Saya akan fikirkan apa
kebaikan yang saya dapat.
Apa-apa pun, manfaat
yang kita dapat melebihi kemudaratannya.
Dr Imelda Balchin
Saya beri satu analogi.
Macam bila kita dapat gaji. Alamak! Lepas dapat gaji itu kena tolak gaji untuk
bayar cukai! Bencinya! Tapi yang lebih kita simpan, ‘kan?
anganlah kata kalau
dikenakan cukai terus tidak mahu kerja dan tidak mahu gaji pula, sebab selepas
tolak cukai, yang baki itu kita boleh simpan untuk duit belanja.
Sama macam dos ketiga
ini. Walaupun kena tahan sedikit demam, selepas itu badan kita membuat lebih
antibodi yang memberi lebih manfaat.
Segala kebaikan di dunia
ini bukan semua kita boleh dapat percuma, ‘kan?
Saya beri analogi kedua
pula. Kalau kita nak badan sihat, kita kenalah berusaha bersenam. Orang yang
kata tidak suka exercise sebab tidak suka kesan sampingan
berpeluh-peluh dan letih sementara selepas exercise itu tidak
akan dapatlah manfaat badan menjadi lebih sihat dan lebih kuat.
Tapi manfaat sekali
buat exercise itu tidak tahan selama-lamanya. Kita mesti
buat regular exercise supaya badan kita sentiasa fit untuk
kesihatan jangka masa yang lebih panjang. Sebab itulah ada dos penggalak.
Akhir sekali ialah
analogi ketiga. Apa-apa yang Tuhan kurniakan kepada kita tidak datang percuma.
Kita mesti tempuhi ujian.
Kalau kita nak dapat
anak, kita juga kena lalui proses bersalin. Allah tidak beri kita zuriat
percuma saja. Semua pun kita kena berusaha juga.
Orang lelaki tidak payah
bersalin tapi depa mesti dengaq kita
membebel, mesti tambah lebih tanggungjawab menambah pendapatan kalau nak ramai
anak.
Nak anak kena jaga anak,
‘kan? Nak cegah penyakit kena berusaha. Kesihatan pun begitu. Tidak datang
secara percuma.