[07:18, 11/01/2022] Anilnetto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ni jelas kata:-
"Adik guna akaun saham saya untuk beli saham"
Siasatan Suruhanjaya Sekuriti pula kata sekarang:-
Azam Baki ada pemilikan dan kawalan keatas akaun saham
Keliru?
Tandatangan petisyen ini menggesa agar Azam Baki disiasat segera oleh Jawatankuasa bebas di Parlimen.
Rakyat berhak tau hal sebenar.
#SiasatAzamBaki
https://www.change.org/p/ismailsabri60-siasat-hubungan-perniagaan-melibatkan-ketua-sprm-siasatazambaki
[ENGLISH VERSION BELOW] Kami terkejut apabila mendapat tahu sarjana terkemuka, Dr Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai salah seorang panel perundingan dan pencegahan rasuah ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
- Berikutan ini serta pendedahan percanggahan kepentingan melibatkan kepimpinan SPRM, ia memerlukan tindakan segera dari semua pihak yang terlibat
- Mereka juga memerlukan siasatan terbuka dan bebas diketuai oleh jawatankuasa parlimen yang bipartisan. Sepatutnya tiada apa yang perlu disembunyikan
- Kami juga mendesak agar SPRM dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan secara langsung di bawah seliaan jawatankuasa terpilih parlimen yang bipartisan
Ini semua merupakan langkah asas supaya SPRM dapat meraih semula kepercayaan umum sebagai sebuah badan bebas dalam usaha melawan rasuah.
Jawatankuasa eksekutif Aliran, aliran.com
Pautan: Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi ‘nanah’ dalam organisasi