Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari yang
dimenangi oleh BN kini giliran PRN Johor bakal diadakan. BN Johor menyatakan
ingin bergerak secara solo atas keyakinan kemenangan yang bakal diperolehi
sebanyak dua pertiga pada PRN kali ini.
Keyakinan tersebut berikutan kerjasama serta kesepakatan antara
satu sama lain yang pernah ditonjolkan berdekad lamanya sebelum ini. Percaya
momentum PRN Melaka bakal direalisasikan dalam PRN Johor nanti.
Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad menegaskan mereka akan
meletakkan keutamaan kepada pengundi golongan muda dalam PRN kali ini. Beliau
turut memberitahu, manifesto bukanlah faktor utama tetapi manfaat yang diberi
kepada rakyat adalah perkara yang lebih utama.
BN masih menjadi pilihan rakyat Johor berikutan keteguhan yang
ditonjolkan sebelum ini tanpa ada apa-apa masalah dalaman. BN juga faham akan
fungsi manifesto yang berfungsi sebagai outline supaya rakyat faham hala tuju
kerajaan tetapi apa yang lebih penting adalah hala tuju kerajaan negeri bagi
membela masa depan rakyat. Selain itu, BN juga amat mementingkan gabungan serta
suara akar umbi.
Hal tersebut menunjukkan keprihatinan BN termasuk hal-hal
kemakmuran dan kesejahteraan terutama sekali dalam dunia politik yang memberi
impak besar kepada kehidupan masyarakat dalam dunia pandemik sekarang ini.
Semoga 750,000 pengundi di Johor dapat membuat keputusan yang
bijak bagi melantik pemimpin yang berbakti kepada rakyat disamping membela
nasib serta kesejahteraan negeri Johor Darul Ta’zim. Sejarah BN di Johor sudah
terbukti selama ini.