KEBETULAN....

 Kebetulan je kan?

Sebaik kerajaan bercadang nak vaksin kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun, dan dan kluster pendidikan pun jadi membimbangkan. Pelik juga.

Macam aku selalu ulang, aku bukan anti vaksin. Dalam darah aku entah berapa banyak jenis vaksin dah ada. Cuma kesungguhan KKM nak paksa orang ambil vaksin tu lain macam.

Lebih pelik bila data semua seolah-oleh menyokong langkah yang nak diambil kerajaan. Kena faham eh. Bukan tindakan kerajaan ikut data. Tapi data yang ikut apa kerajaan nak buat.

Bukan kerajaan nak vaksin kanak-kanak selepas kluster pendidikan meningkat. Tapi kluster itu yang meningkat sebaik kerajaan rancang nak vaksin kanak-kanak. Itu yang aku pelik.

Raja Gelap

 


No comments: