Kebetulan je kan?
Sebaik kerajaan bercadang nak vaksin kanak-kanak yang berumur 5
hingga 11 tahun, dan dan kluster pendidikan pun jadi membimbangkan. Pelik juga.
Macam aku selalu ulang, aku bukan anti vaksin. Dalam darah aku
entah berapa banyak jenis vaksin dah ada. Cuma kesungguhan KKM nak paksa orang
ambil vaksin tu lain macam.
Lebih pelik bila data semua seolah-oleh menyokong langkah yang
nak diambil kerajaan. Kena faham eh. Bukan tindakan kerajaan ikut data. Tapi
data yang ikut apa kerajaan nak buat.
Bukan kerajaan nak vaksin kanak-kanak selepas kluster pendidikan
meningkat. Tapi kluster itu yang meningkat sebaik kerajaan rancang nak vaksin
kanak-kanak. Itu yang aku pelik.