Semalam semasa Sidang Media Khas Situasi Banjir di Selangor, saya telah mengumumkan beberapa inisiatif khusus buat rakyat Negeri Selangor yang terkesan akibat tragedi banjir ini.
Selain itu, saya turut mengumumkan pelaksanaan langkah seterusnya iaitu fasa pembersihan dan pemulihan.
Saya mengambil maklum keluhan dan rintihan rakyat berkenaan proses permohonan bantuan-bantuan ini.
Sudah semestinya sebagai kerajaan, menjadi tanggungjawab utama untuk kami mempermudahkan urusan rakyat yang telah ditimpa musibah.
InsyaAllah saya akan umumkan prosedur permohonan yang lebih sistematik, mudah dan tidak membebankan rakyat.
Telah timbul pelbagai polemik yang menyalahkan pelbagai pihak dalam isu tragedi banjir ini.
Bagi saya, fokus dan matlamat kita kini adalah jelas iaitu untuk menyelamatkan nyawa, membantu rakyat membina semula kehidupan. Itu adalah fokus dan keutamaan nombor 1 ketika ini.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu bekerja sedaya upaya serta memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa semoga keadaan pulih seperti sedia kala.
AMIRUDIN SHARI
Menteri Besar Selangor.