NORMAN RADZUAN
MARAHKAN HANAFI RAMBUT PUN JADI MANGSA
Tertarik dgn kenyataan Peguam Muda
BILA KISAH RUMAHTANGGA TURUT DIVIRALKAN
Sebenarnya ramai pasangan yg curang. Anda percaya tak jika saya
katakan setiap hari ada sahaja pasangan yg curang samada suami atau isteri.
Bezanya mereka tahu menjaga maruah suami atau isteri.
Sepanjang hidup saya kisah suami curang ini ramai tapi dlm masa
sama tak kurang 10 kes isteri curang hingga tahap berzina pun ramai yg kawan
(suami) saya hadapi. Bezanya tidak diviralkan dan hanya rakan2 terdekat sahaja
mengetahuinya.
Bila ada medsos ini cium bidadari, bersolat, bersedekah,
honeymoon, aktiviti bersama keluarga, percutian, bersukan, aktiviti sosial,
menari, berselfie setiap hari dan mcm2 lagi semuanya kita ingin pertontonkan.
Tak mengapalah asal jgn melampau.
Tapi jika kisah kau bergaduh laki bini (hal rumahtangga).. tak
kiralah suami serbu isteri berselingkuh di hotel atau isteri serbu suami
berselingkuh pun mahu diviralkan... saya rasa tak kiralah taraf Dr sekalipun...
sy anggap ia mengaibkan pasangan, aibkan keluarga serta anak2 dan perkara yg
bodoh dilakukan.
Saya bimbang ia akan jadi satu budaya. Di mana semuanya ingin
ditunjukkan kpd dunia. Sb itu kena belajar agama. Tuhan suruh tutup aib orang
malah aib kita sendiri walaupun soal berselingkuh ini.
Sebab apa Tuhan suruh sb gak mahu apa yg berlaku skg ini.
Yang malangnya emosi kaum wanita menyokong bukan soal
ketidakwajaran dan mengaibkan tetapi kerana geram suami cari perempuan lain.
Kes wanita marah kerana wanita goda suami.
Yg jadi mangsa maki hamun suami. Cuba jika suami ambil video mcm
tu... dikatakan suaminya kejam dan mengaibkan isteri. Marahkan Hanafi rambut
sikat tepi pula dijadikan mangsa
Hal rumahtangga memang dilarang diceritakan kpd kawan sekalipun.
Ini kan diviralkan satu dunia pun tertanya siapa Hanafi. Saya tertarik dgn
komen rakan FB yg juga merupakan peguam muda bertubuh kecil ini. Sgt rasional
dan profesional dlm hujahnya.
Sila baca komen peguam ini...
"Saya tidak menyokong perkongsian kecurangan bekas suami
tersebut. Hal peribadi tak perlu dikongsi di media social. Seeloknya
berbincanglah dengan baik bersama keluarga dan jangan disebar perkara yang
boleh mengaibkan. Mungkin perkongsian tersebut boleh menyedapkan hati yang
tengah marah dan memberi bahan perbincangan buat netizen.
Namun secara tidak langsung perkara tersebut akan memberi kesan
kepada ramai pihak terutamanya keluarga terdekat. Kesan tersebut bukan hanya
hari ini sahaja tetapi untuk jangka masa berpuluh tahun akan datang terutama
buat anaknya yang masih kecil.
Apa yang dikongsi akan kekal sampai bila-bila. Sampai gambar
kahwin beberapa tahun lepas turut dikongsi semula. Anak yang masih kecil dan
tidak tahu apa-apa akan diingatkan tentang perkara tersebut sampai bila-bila.
Wahai wanita ingatlah!
Suami tu bukan hak abadi. Kalau tak diambil orang mungkin akan
kembali kepada pencipta-Nya.
Jadi minta suami ambil hibah untuk anda. Sekarang ada caruman
kwsp i-sayang jadi jangan lupa.
Beli rumah jangan pakai nama suami dan jangan kongsi bayar.
Beli rumah ke kereta ke pakai nama sendiri minta suami bagi duit
dan kita bayar sendiri pakai duit tu. Apa-apa jadi halau je keluar. Rumah nama
kita.
Sekian.
Ikhlas daripada Menteri Wanita"