Kerugian harta benda salah pemimpin atau penduduk?
Kita ada 3 bangunan antara 10 tertinggi di Asia
PENGURUSAN NEGARA LEBIH TERUK DARI ZIMBADWE
Kita tidak boleh menghalang bencana banjir ini kerana ia kehendak Tuhan tetapi kita boleh mengurangkan kerugian harta benda jika mahu.. Insyallah. Tapi ia tidak berlaku kerana banjir ia bukan seperti sambaran kilat berlaku sepantas cahaya. Jadi di mana dan silapnya?
Hari ini ada kawasan banjir telah surut dan ada juga kawasan terutama di Klang yg mengalami air laut pasang telah membuatkan banjir termenung berlaku (lambat surut) hingga memakan masa berhari hari lamanya utk surut.
Kita dpt melihat kerugian harta benda mangsa banjir terutamanya kenderaan. Kerugian secara purata dianggarkan sekitar RM 50- RM 100k utk setiap isi rumah.
Persoalannya ia salah siapa hinggakan harta benda terutama kenderaan gagal diselamatkan? Adakah salah pemimpin atau penduduk?
Saya ada bertanya kpd kawan yg rumahnya ditenggelami air adakah sistem amaran siren berfungsi atau menerima SMS dari pihak berkuasa. Jawabnya tiada.
Saya difahamkan perkhidmatan sistem SMS amaran banjir (SMsBanjir) adalah satu sistem berdasarkan teknologi SMS yg telah dibangunkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.
Tujuannya utk memaklumkan amaran awal kpd penduduk setempat terhadap kemungkinan berlakunya banjir di kawasan TTDI Jaya, Shah Alam dan kawasan sekitar.
Dgn sistem ini Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia berharap penduduk di TTDI Jaya dan kawasan sekitar mempunyai tempoh masa mencukupi utk meyelamatkan keluarga dan harta benda sekiranya berlaku banjir.
Tapi ia tidak berlaku? Betulkan saya jika saya salah. Jika sistem berfungsi penduduk tidak endah... kita patut salahkan penduduk. Tapi jika sebaliknya Pak Menteri terbabit patut bertanggungjawab.
Saya berkeyakinan Jabatan Meteorologi pastinya sudah memaklumkan kpd Kementerian dan Jabatan Pengairan Saliran akn perubahan cuaca tersebut. Sewajarnya Kementerian dgn menggunakan seluruh media kerajaan dan sistem SMS dan media sosial melaporkan segera kejadian tersebut kpd penduduk setempat.
Sekurang kurangnya penduduk setempat dpt menyelamatkan kenderaan mereka dgn mengubah ke tempat selamat. Kenderaan sgt penting bagi bagi semua org utk pelbagai urusan. Jika tenggelam kenderaan terbabit proses membaiki kosnya sgt tinggi dan mengambil masa yg lama.
Lihat di Amerika negara yg sering dilanda puting beliung atau ribut taufan. Beberapa hari sebelum kejadian kerajaan negara Uncle Sam itu telah mengeluarkan amaran utk penduduk setempat berpindah sepertimana Taufan Katrina dan terbaru Taufan Ida di New York.
Walaupun ada kematian tetapi sgt minima. Jutaan penduduk di Louisiana, Mississippi dan Alabama dipindahkan dari rumah mereka dan para pakar menganggarkan taufan Katrina selaju 200km sejam.
Jepun juga merupakan sebuah negara yg mempunyai sifat geografi yg unik menyebabkan ia sering dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan taufan.
Setelah berkurun pengalaman menghadapi bencana alam, Jepun telah berubah menjadi sebuah negara yg mempunyai persediaan lengkap dan rapi terhadapnya.
Aplikasi telefon pintar "Safety Tips" oleh RC Soution CO. adalah sebuah aplikasi berbilang bahasa utk situasi2 kecemasan dan bencana alam di Jepun.
Ia juga berfungsi sebagai sistem amaran ketika berlakunya gempa bumi dan tsunami. Sistem amaran awal ini telah dpt mengurangkan jumlah kematian ramai penduduk.
Jadi persoalannya adakah sistem amaran banjir negara kita yg mempunyai 3 bangunan antara tertinggi di Asia ini berfungsi atau tidak?
Bagi saya negara kita benar2 negara hipokrit... berbangga dgn material tapi pengurusan hancur.
Persoalannya mengapa Menteri tidak mengeluarkan kenyataan awal sekurang kurang 24 jam sebelum kejadian berdasarkan ramalan Meteorologi iaitu peningkatan taburan hujan sekaligus peningkatan air sungai???
Bagi saya Menteri patut dipertanggungjawabkan atas kelalaian memberi amaran awal kpd penduduk hingga membuatkan kerugian harta benda yg melampau. Pengurusan kementerian terbabit lebih teruk dari negara Zimbabwe dan memalukan.
Nurul Izzah sudah memberi amaran awal di Parlimen apakah persediaan kerajaan utk hadapi musim banjir. Ada Menteri peduli? Ada kerajaan buat persediaan awal melalui sistem amaran awal. Ada kerajaan standby pihak2 berkuasa terutama tentera utk terlibat.
Apa nak buat negara kita ini bukan jenis mencegah atau ingin mengubah. Bila berlaku kita arahkan bantuan. Itulah sejak turun temurun perangai pemimpin2 kita ni.
Sudah la bantuan hanya RM 1k sdgkan kerugian berpuluh ribu. Saya bukan apa rasa sayu dan terkejut bila melihat begitu ramai mangsa banjir dgn bayi kecil terpaksa panjat ke bumbung rumah berjam jam lamanya.
Saya terkejut kita kekurangan bot2 kecil. Saya terkejut byk kawasan tidak menerima bantuan segera samada dibawa ke tempat selamat atau makanan. Saya terkejut kita tidak bersedia utk menyediakan dewan khas utk mangsa2 banjir. Saya terkejut Menteri sibuk di Perhimpunan parti dari berkampung ke kawasan banjir.
Kita sebenarnya tiada masalah berbelanja ratusan juta ringgit utk hadapi banjir ini. Tapi sayang ketirisan berbillion ringgit telah membuatkan kebajikan seperti mangsa banjir tidak seperti diharapkan.
Jepun dan Amerika menyediakan RM 100 billion utk bencana alam negara kita tak pastilah utk rakyat RM 1k sudah dirasa banyak. Utk kalangan mereka komisen kawan seorang sahaja RM 500 juta ok... entah lah.